ANTARA MIMPI DAN REALITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sejak phone problem nie zumal tak dapat nak sentiasa update blog nie. Phone nie kekadang ok pulak kekadang charge tak nak masuk bahkan berkurang pula baterinya. Nak hantar baiki kena la tunggu gaji hujung minggu depan. Lama lagi tu sedangkan banyak bakal nak diguna kerana pelbagai perkara perlu dibayar hujung tahun nie disamping peti sejuk yang sudah tak dapat dibaiki lagi. Peti sejuk nie benda wajib kena ada. Nak simpan stok makanan. Parah juga kalau makan luar selalu. Lagi satu bisnes berkaitan makanan pun kena tangguh dulu.

Hari nie zumal ingat nak kongsi berkaitan mimpi zumal pada minggu lepas iaitu sebelum zumal terjaga tidur pagi Khamis yang lalu. Hari Rabu zumal bercuti kerana masalah kesihatan. Hari nie pun zumal tak sihat tapi tak nak la manja sangat pada diri nie. Lagi pun kalau tak datang takde la gaji. Hehe...

Dalam mimpi tu yang boleh zumal cerita dunia tiba-tiba bergelap dan pabila kembali cerah mentari telah berubah kedudukannya seperti tanda-tanda besar kiamat bakal berlaku. Zumal pada ketika tu berasa sungguh takut yang sangat luar biasa. Zumal sekeluarga tak putus-putus berdoa dan memohon dilindungi Allah. Tiba-tiba setelah dengar azan subuh, zumal bingkas bangun dari tidur. Mimpi itu zumal rasakan seperti realiti. Air mata mengalir betul-betul. Syukur ianya hanya mimpi, dan zumal masih ada masa perbaiki diri.

Walaupun ianya mimpi, zumal rasa ianya bagaikan membawa peringatan buat zumal. Zumal hanya ingin berkongsi moga ia dapat dimanfaat bersama. Terima kasih kerana meluangkan masa korang untuk membaca. Moga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah. Amin...


Sumber: Google

Comments

  1. Mimpi yg menjadi peringatan buat kita semua juga ni. Semoga Allah sentiasa mengasihi dgn peringatan utk sentiasa mengingati kebesaranNya... aamiin...

    ReplyDelete
  2. aha..peringatn melalui mimpi. Semoga ia menjadi iktibar kepada JM juga yg kekadang lalai huhhu

    ReplyDelete
  3. mimpi utk kita ingat n muhasabh diri...

    ReplyDelete
  4. takutnya... peringatan utk kita..

    ReplyDelete
  5. sis juga pernah mimpi menangis bila terjaga , sis mmg sedang menangis yg teramat ...

    ReplyDelete
  6. subhanallah...mungkin lebih mengingatkan kita tentang sesuatu yang kita selalu tinggalkan...

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. semoga ianya menjadi peringatan kepada kita semua :)

    ReplyDelete
  8. moga jadi iktibar dan peringatan untuk kita semua :)

    ReplyDelete
  9. Kita dah di akhir zaman :(
    * Nanti saya singgah BW lagi tau, Zumal.
    Banyak sangat hutang ngan sumeorang ni xD.

    ReplyDelete
  10. mimpi sbg peringatan utk kita sama2 tingkatkan amalan agaknye kan zumal. jaga kesihatan baik2 ye zumal.. moga2 fon zumal baik2 juga.. utamakan dulu mana yg perlu ;)

    ReplyDelete
  11. takutnya baca mimpi Zumal. boleh timbul rasa insaf dan peringatan untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  12. Mimpi tu walau mainan tidur, bila dia beri kita feeling dan emosi macam tu, rasa macam Allah nak tunjuk sesuatu..ye tak..insaf

    Jemputlah ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  13. Peringatan buat diri tu zumal.. boleh kita memperbaiki diri

    ReplyDelete
  14. peringatan buat diri cikfafa jugak..

    ReplyDelete
  15. Gentle reminder to ourselves.
    Lets improve ourselves :)

    ReplyDelete
  16. peringatan untuk kita semua...moga kita muhasabah diri kita sendiri :)

    ReplyDelete
  17. peringatan untuk kita semua supaya tak leka

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts