JANA PENDAPATAN MELALUI BLOG


Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Dunia buat semua. Hujung minggu begini mungkin korang sedang beristirehat bersama keluarga kan? Bagus la begitu gunakan kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Jangan pentingkan kerja semata yer.

Hari ini zumal ingin kongsikan 1 peluang untuk korang semua. Korang pernah dengar tentang Advertorial ?  Advertorial adalah gabungan advertising dan editorial. Ia adalah kombinasi pengiklanan dalam bentuk editorial. Kebanyakan advertorial di internet adalah melalui laman blog, di mana pemilik atau penulis blog akan menulis review untuk produk, perkhidmatan, laman web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan.

Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai upah menulis ulasan tentang mereka. Blogger yang berjaya, mereka menjana ribuan ringgit setiap bulan dengan hanya menulis ulasan untuk pengiklan di laman blog mereka sendiri.

Kini Advertorial.my mewujudkan platform yang menghimpunkan blogger dan pengiklan. Korang hanya perlu ada blog, sertai advertorial.my dan jana pendapatan dengan menawarkan khidmat menulis review. Semua contoh review yang zumal pernah buat, korang boleh lihat DI SINI.

Caranya amat mudah,

1.Daftar akaun 'Publisher' dengan advertorial.my
2.Submit blog korang untuk penyenaraian.
3.Advertorial.my carikan pengiklan berpotensi
4.Terima tempahan dan tulis review.

Untuk bermula, aktifkan akaun 'Publisher' korang kat sini.

Comments

  1. Zu Mal dah cuba?

    Teringin juga nak cuba

    ReplyDelete
  2. kena bayar yuran pendaftaran x?

    ReplyDelete
  3. hari tu mama nak try, tapi bila naik harga ke 60 hengget tu, berat lak nak keluarkan ongkosnya.. hihi

    ReplyDelete
  4. hari tu mama nak try, tapi bila naik harga ke 60 hengget tu, berat lak nak keluarkan ongkosnya.. hihi

    ReplyDelete
  5. reg rm60...lepas tu x payah byr lagi erk zumal? coz before ni syarat dia rm30 monthly. tu ada pikir 5-6 kali nak join.

    ReplyDelete
  6. reg rm60...lepas tu x payah byr lagi erk zumal? coz before ni syarat dia rm30 monthly. tu ada pikir 5-6 kali nak join.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum dan singgah ptg Zu Mal...menarik jer ni...tapi Diana tak ni tak pandai nak buat entri...hehe..apa2 pun semoga berjaya yer dan sentiasa di murahkan rezeki.

    ReplyDelete
  8. Waalaikumussalam Diana... Terima kasih yer ^_^

    ReplyDelete
  9. mcm menarik sgt ya zumal...bab duit masuk ni mmg ramai yg minat...

    ReplyDelete
  10. ada yuran pendaftaran rupanya . dah mcm job di rumah jer ... nanti pi selongkar .

    ReplyDelete
  11. kena byr ke? ingatkan free td. heheheh...

    ReplyDelete
  12. Satu usaha jangka panjang yg baik bila dah alang2 berblogging kan.. Klu kat luar kita boleh habiskan beratus2 utk aksesori dan gadget, apa salahnya melabur sikit utk blog. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Zumal.. :) :)

    ReplyDelete
  13. blogger sekarang banyak hasilkan duit dr blog dgn advertorial ye.. bagusnya sambil menyelam minum air.. cuma jgn sampai lemas sudah.. hehehe..

    ReplyDelete
  14. Erm, kena bayar tu yg malas. takde duit.

    ReplyDelete
  15. Semoga murah rezeki zumal...insya Allah, nnt nk cuba jugalah

    ReplyDelete
  16. mudah-mudahan segalanya berjalan lancar aminnn

    ReplyDelete
  17. menarik tu bang... macam teringin jeee... okay okayy... kumpul duit dulu.. hiks

    ReplyDelete
  18. Nice one :) Baru tau pasal ni ^^

    ReplyDelete
  19. nampak best.. tp nadyya xthu nk iklan pe -.-

    ReplyDelete
  20. baru tau kewujudan. moga berjaya bro. nanti boleh la jadi mentor budak :)

    ReplyDelete
  21. Nadyya: iklan tu nanti customer kita contact dan beritahu ape yang dorang nak iklankan. Review produk dorang la.
    Hikayat Seorang Budak: boleh jew jadi mentor pun. Apa pun tanya jew nanti zumal jawab.

    ReplyDelete
  22. kalau bab2 cmni ayu lembab betul
    hahahahaha

    ReplyDelete
  23. Zumal boleh lah try..kalu sis JM ni nak update blog pun x de masa nampak nya x leh nk join lah :-)

    ReplyDelete
  24. Bagus untuk yang rajin.
    Saya ni malas.
    Nak update cpuv pun malas.

    ReplyDelete
  25. kena bayaq jugak noh. ingatkan free. hehe

    ReplyDelete
  26. Macam best je.. tapi bila pasang iklan ni dia benarkan ke iklan2 yg lain? takut kena banned pula

    ReplyDelete
  27. Ibnu Ramli: jangan risau... Advertorial bukan iklan banner macam Nuffnang, ia adalah review macam dalam entri2 zumal yang ada label advertorial dalam blog zumal nie.

    ReplyDelete
  28. ta pernah dgr pon...
    tapi mcm tak paham jee...
    bab2 cmni mmg ayu mmg lembab sikit

    ReplyDelete
  29. owhh kena byr rm60 ek? blh la try nti hehe

    ReplyDelete
  30. saya dah daftar dah tapi sekali je pernah merasa job review ni. mungkin blog tak bagus kot.

    ReplyDelete
  31. Wahh bestnya buat blogger yg memang menjana duit dr blog. Boleh membantu mereka yg berminat

    ReplyDelete
  32. Kena rajin2 review nampaknya.
    Masyuk tak zumal?

    ReplyDelete
  33. belum tergerak lagi nak buat duit dengan berblog
    berblog ni pun just suka-suka
    tapi mana nak tahu kan suatu hari nanti
    boleh refer sini balik

    ReplyDelete
  34. Sha dah daftar, tapi dah masuk archive pulak, hehe. Tapi itu lah, blog Sha belum cukup bagus untuk tarik advertiser rasanya. Huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts