DINNER PART 3 & SJ4000 REVIEW

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kiranya zumal menghitung hari untuk dinner yang bakal berlangsung Jumaat ini. Persediaan untuk tugas zumal sebagai jurugambar majlis makin giat dilakukan. Nampak skema tak? Emm memang skema pun.

Ok berbalik kepada persediaan yang zumal maksudkan tadi tu yer. Jurugambar nie kena ada kamera, tapi zumal bukannya ada kamera pun. Harapkan phone Lenovo dan Sony Ericson aja. Tapi minggu lepas setelah mengkaji beberapa review kat blog rakan-rakan blogger zumal terjumpa review pasal SJCAM. Zumal memang tahu pasal kewujudan SJCAM nie tapi tidak tahu fungsinya secara jelas jadi selepas baca review DI SINI zumal pun mula geledah instagram Momo Accessories. Zumal memang pernah tengok pun kat instagram tu semasa beli monopod dan beberapa aksesori phone lain. Jadi kat situ dah ada keyakinan zumal untuk berurusan dengan Momo Accessories. Apa lagi zumal terus saja order SJ4000. Lagi pun ia boleh kongsikan gambar ke phone melalui wifi dan ada aplikasi yang boleh menghubungkan kamera dan phone. SJCAM pula tak la mahal sangat tapi berbaloi la untuk wang kerana ia tahan lasak dan kecil molek tau. Zumal beli SJ4000 warna kuning beserta beg aksesorinya dan mini tripod.

Warna ceria
Kalau korang berminat boleh la terjah instagram Momo Accessories yer. Bukan sekadar SJCAM jer yang ada bahkan pelbagai kelengkapan lain turut dijual Momo Accessories. Tak sabar nak menguji skill bergambar semasa majlis nanti. Nantikan review zumal untuk majlis tersebut yer. Meh layan gambar SJCAM baru zumal yer.






Comments

  1. KECIL COMEL SENANG NK BAWA KE MAJLIS TU..

    ReplyDelete
  2. cantik la..warna warni..! adui.. mahal tak? hahaha

    p.s/mcm hadiah dlm peraduan puzzle bh..model ni kot..uhukkkks.. target ni ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harganya lingkungan RM320++ aje Nana

      Delete
    2. Ok lah harga dia.
      Bestnya boleh wifi.
      Dulu dah pernah beli Nikon, tapi x gunakan sebab malas nak transfer gambar.

      Delete
  3. Amboi..comel lote gitu camera dia..:) kecik tapi berbaloi :)

    ReplyDelete
  4. Cam tertanya-tanya lagi nih... macam mana nak shoot untuk majlis tuh... xpe... saya tunggu gambar2 hasil dari kamera nih... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, sebagai support camera dan untuk guna peribadi jew. Untuk kegunaan ofis zumal kena guna digital camera dan dslr jabatan... Jurugambar ada dua orang jadi maybe zumal guna untuk shoot time bergambar ramai-ramai dan persembahan aje dengan sjcam nie... Boleh simpan gambar untuk blog nie...

      Delete
  5. Kamera ke tu... comel sangat le. :)
    Semoga tugas berjalan dgn lancar lah nanti...

    ReplyDelete
  6. Gambar dia cantik. Field view pun luas. Ingtkn device ni nma go pro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go pro tu mahal sangat Zizie... Tak mampu zumal nak beli ^-^

      Delete
  7. menariklah.. suka dengan pilhan warna yang ada tu :)

    ReplyDelete
  8. kcil n cute je pastu pelbagai warna ada eh...kalau sis JM pilih warna pink..baru nampak ayue gitteww

    ReplyDelete
  9. Owh...jawapan SJ cam dah ada kat sini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori Dr, zumal dah habis kouta internet masa Dr bertanyakan soalan tu... Ini pun guna pc ofis. Hehe... Dah dapat jawapan yer ^-^

      Delete
  10. owhh ni dia SJ cam.. sempoi gak nih. harga pon x mhl sgt. ni mcm gopro la lebih kurang kan hehe

    ReplyDelete
  11. oh wow alternative to go pro
    gonna check it out one day the quality of photo
    MY-Emily

    ReplyDelete
  12. e c0meynye.sy pun nak beli tp x tahu nak pilih warna pe huhu memang teruja tol la. .nak tanya warna kuning 2, kuning brkilat ke atau just kuning .adoi byak sgt warna pun susah 1 warna pun susah haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuning biasa jew... Tunggu sj5000 pun boleh kameranya 14 megapixel yang macam zumal hanya 12 megapixel jew

      Delete
  13. cantik juga gajet tu. saya gajet gajet ni memang agak kurang sikit. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts