Resepi Donut Tepung Donut Cucur

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat lagi dalam entri zumal yang terdahulu menceritakan zumal ada membeli Tepung Donat Cucur kat Mudah.my dalam entri INI. Pada kali ini zumal nak kongsikan cara menggunakan Tepung Donut Cucur ini. Untuk memudahkan rujukan korang, zumal buat entri bergambar yer.

Paling penting korang kena dapatkan Tepung Donut Cucur dahulu, mudah saja semua dihujung jari yer. WhatsApp saja Abg Jai di 019-7926193 untuk membuat pembelian. Selain tu korang kena sediakan bahan lain seperti:
-Susu segar (suam) setengah cawan
-Telur 1 biji
-Gula Aising
Bahan-bahan nie kena betul sukatannya yer jangan terlebih atau terkurang yer...


Pertama sekali, masukkan Tepung Donat Cucur dalam bekas dan asingkan. 


Kemudian dalam bekas berasingan, campur 1/2 cawan susu segar suam bersama sebiji telur. Pukul hingga sebati dalam 1-2 minit.


Campur bahan tadi ke dalam bekas berisi Tepung Donut Cucur tadi...


Gaulkan hingga sebati semua bahan tadi hingga membentuk doh.



Bila dah sebati biarkan bahan kembang dalam masa 45 minit hingga 60 minit. Zumal biar hingga 60 minit tau.


Bila dah cukup masa tu, zumal bentukkan. Ikut suka korang nak bentukkan macam mana yer. Kalau macam zumal buat nie dapat la 10 biji semuanya. Masa nak bentukkan donat tu korang boleh celup tangan dalam tepung untuk elakkan doh tersebut melekat kat tangan.


Panaskan minyak, kemudian gorengkan donut korang dalam api sederhana. Bila dah kuning boleh la angkat yer. Masa goreng nie kejap jer tak perlu goreng lama-lama nanti donut korang terlebih gelap.


Bila siap, korang boleh la letakkan gula aising dan sedia untuk dimakan.  Bagi zumal rasanya memang sedap. Selamat menjamu selera...



Comments

  1. Mudah dan senang :) sedap tak donutnya DZ ? :)

    ReplyDelete
  2. nak order jugak lahhh. sdapnyaaa donat buat minum petang :D

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak donut tu. biasa beli je. malas nak buat sendiri. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni Ajik boleh beli n buatkan untuk wife.
      Mesti dia terkejut nanti.
      Surprise...

      Delete
  4. elok keombongnya donut tu...best ni...

    ReplyDelete
  5. wahhh rajin dan sedapnya zumal.....boleh order nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom... Jom...
      Boleh terima order ke Zumal :)

      Delete
    2. Order tepung boleh la tapi dekat Abg Jai dalam entri tu la ^-^

      Delete
  6. DZ... baru harini tau ada tepung Donat.... mudahnya nak masak... semua serba ada

    ReplyDelete
  7. mak ai gebunya donat..rajin DZ yer

    ReplyDelete
  8. nampak senanggg..bagus ni, nak prepare bekal anak2, takde pening2 kalut2 bagai..tq sharing.nnti nak order gak la insyaAllah :)

    ReplyDelete
  9. pergh.. makin bertambah rajin zumal masak... heheh

    ReplyDelete
  10. Thanks, zumal buat entri ni.
    Wahhh...mmg nmpk gebu donut ni.
    Berkembang pesat dlm mgkuk adunan

    ReplyDelete
  11. peh, senangnya..tepung segera yer..boleh try beli ni..

    ReplyDelete
  12. Mudahnye.. DZ wat sndri?? Tabik springgg..!!!!

    ReplyDelete
  13. ha'a lah..mudah dan cepat..besarnya size donat Zumal tu..mkn sebijik pun dh kenyang hihhi

    ReplyDelete
  14. ehh....senang nyer....mcm tak caya lak hihihi

    ReplyDelete
  15. ehh sngnye tgk zumal buat. boleh try gak nti ni hehe

    ReplyDelete
  16. Sekarang semuanya dah mudah.
    Antara malas dengan rajin ja kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts