TAHNIAH ANDA MENANG BMW 5 SERIES

Sumber Acik Google

GORES DAN MENANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Sekarang yang kembali trending kat berita adalah isu gores dan menang kan. Tajuk tu jangan terpedaya yer. Camtu la taktik sebenar sindiket gores dan menang nie. Zumal sendiri ada pengalaman mengenai isu ini. Bukan zumal terpedaya nak dapat hadiah tu tapi zumal terminta kerja kat syarikat gores dan menang tu.


Kisah nie berlaku dalam tahun 2011 kalau tak silap zumal. Lokasi kejadian adalah di sebuah hypermarket terkemuka di Shah Alam. Masa tu zumal duk mencari kerja kat area Lembah Klang. Almaklum la penganggur sepenuh masa. Blog ini pun zumal tak buat lagi. 2011 tu kira tahun mencabar sangat bagi zumal. Sekarang pun ada cabarannya tapi zumal dah tahu cara nak atasi. Berbalik kepada kisah tadi, zumal dapat info jawatan kosong kat akhbar Metro. Zumal masih ingat tajuk iklannya 'Dikehendaki Pembantu Kedai Di Seluruh Negara' lebih kurang la tajuknya. Dari Perlis sampai ke Johor ada jawatan kosong tu. Zumal tak ada kerja jadi zumal pun hubungi la nombor yang tertera tu. Petang tu gak dorang suruh datang interview.


Di lokasi, ramai gak la orang yang tengah berkumpul kat tempat yang dijanjikan. Tapak booth dorang dipenuhi peralatan elektrik seperti microwave,dapur induction, televisyen lcd dan plasma dan macam-macam lagi la... Dalam hati zumal rasa akan dapat kerja sebagai pembantu kedai atau promoter barangan elektrik tu. Tapi...

Penyelia: Selamat datang yer zumal. Hari nie saya akan terangkan macam mana tugas yang perlu zumal lakukan... Zumal perlu ikut rakan-rakan di sini bertemu prospek...

Zumal: Ok encik...

Tetiba ada sorang prospek yang tengah perhatikan microwave kat booth...

Penyelia: Jom zumal kami tunjukkan cara tarik prospek

Wah, kena tarik-tarik lak yer. Fikir zumal masa tu...

Pekerja A: Selamat datang puan, hari ini kami ada promosi hebat, jemput duduk yer...

Mangsa: Saya memang minat microwave nie, macam mana function yer?

Pekerja A: Mari saya tunjukkan yer... Pekerja A masukkan bungkusan yang berisi keropok ikan ke dalam microwave sambil menunjukkan cara untuk mengendalikan microwave tu. 

Pekerja B: Tengok puan tak perlu goreng pun keropok nie dah boleh dimakan, lagi satu lebih sihat kerana tak guna minyak... Pekerja B tetiba sampuk perbualan.

Dalam pada itu, penyelia telah beredar ke tempat lain...

Mangsa: Bagusnya, berapa harganya? Mangsa dalam keadaan terpegun dengan produk yang dipromosikan itu.

Pekerja A: RM1,600 puan, kami juga terima credit card dan boleh buat bayaran ansuran. Tapi sebelum tu, kami ada tawaran hebat hari nie, ada hadiah menarik untuk puan...

Mangsa tu bertambah excited pula. Beliau diberikan kad gores dan menang. Mangsa pun tekun menggores dan terlihat wajahnya senyum bila melihat beliau layak membawa pulang hadiah berupa tv plasma dan dapur induction yang bernilai hampir RM4,000.

Pekerja A: Tahniah puan, puan orang pertama dapat hadiah nie tahun nie... Pekerja A menunjukkan keratan akhbar dan gambar pemenang hadiah yang serupa yang kononnya menang pada tahun lalu...

Pekerja B: Tahniah puan, dah lama orang dapat hadiah sebanyak nie puan... 

Pekerja A: Puan, nanti saya call bos saya... Hello bos, nie ada sorang akak menang hadiah macam yang customer kita dapat tahun lepas... 

Penyelia tadi tetiba datang berlari-lari ke arah kami... 

Penyelia: Tahniah akak, akak memang bertuah la... Dah lama tak ada orang dapat hadiah nie...

Pekerja A: Lagi satu puan, microwave tadi puan hanya perlu bayar RM1000 sempena promosi kami, dan hadiah ini puan boleh tuntut di gudang kami di alamat ini. Puan nak bawa balik sekarang atau nak ambil bersama hadiah nanti. Sekarang puan hanya perlu bayar deposit RM500.

Mangsa: Ok, saya bayar deposit dulu dan barang nie saya ambil bersama hadiah nanti yer... Para pekerja datang memberikan ucapan tahniah kepada mangsa itu sambil Pekerja A sedang sibuk mengisi borang untuk mangsanya...

Selang satu jam, ada lagi mangsa yang masuk jerat. Ayat dorang guna still sama, anda orang pertama menang hadiah nie. Lepas tu buat terkejut dan call bos... Bos nie korang tak kenal kekadang bukan penyelia dorang pun hanya sekadar antara pekerja yang tidak ada booth masa tu akan berlari datang berlakon sebagai bos. Begitu la yang berlaku seterusnya. Ada yang terus ambil barang yang dibeli pada masa tu tapi ada yang nak ambil pada masa nak ambil hadiah di gudang. 

Zumal kerja sehari tu je la... Takut la nak kerja sebab tengok perjalanan dorang tu ada muslihat. Tak berani zumal nak kerja situ. Zumal juga ditawarkan asrama dan pengangkutan. Zumal diterangkan zumal tak akan bertugas di tempat sama pada minggu tersebut. Mereka akan buat rotation di beberapa tempat. 

Hadiah yang ditawarkan tu tak tahu la wujud atau tak. Barang yang tak ambil pada masa tu pun tak tahu la dapat ke tak kepada pelanggan. Apa yang zumal pasti, harga yang ditawarkan tu pun teramat mahal bagi jenama yang tidak dikenali. Korang boleh survey harga dulu sebelum nak pergi beli. Ingat sebelum kena...

Comments

  1. Jangan mudah percaya satu lagi jangan tamak.
    Takde jalan mudah nak senang

    ReplyDelete
  2. ooo bgitu caranya mrk beroperasi ya...perkongsian yg amat baik buat mmbntu yg xtahu...tq.

    ReplyDelete
  3. pergh zumal sebijik mcm sy terkena.kat johor..mmg mcm ni lah..sy beli penapis air konon gores2 dpt induction cooker ..lepas tu dorg kol 'bos' dorg..lps tu bos dorg tu ckp konon sy org pertama mng mcm tu..perghh mmg sebiji la zumal..xsangkanya..tu brand apa? sy punya frico..last2 induxtion cooker tu xpki dh 2thn dpt.sbb sy trs byr rm3k x silap.mmg gila kan? skrg xthu nk bt apa dgn dapur tu..serius membazir..xde org nk bli pn kalo jual preloved huhu

    ReplyDelete
  4. ada lg ke gores n menang ni? harap2 xde lg yg kena tipu.

    ReplyDelete
  5. lorr ingatkan zumal menang BMW....best giler kalau menang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu2, masa kita kecik2 kan, orang gores dan menang ni datang dekat rumah...kakak ipar kita menang mesin jahit...xtaulah harga mesin tuh patot berapa....femli kite pakai beli jer... takot jugak ek, yang zumal cerita ni, macam setiap jam akan ad org ditipu yer... scary giler...

      Delete
  6. Mmg kena berhati2 dgn tipu daya licik kumpulan2 gores dan menang ni.. menyampah tul...

    ReplyDelete
  7. Bahaya lah skrang. Harap2 takde lagi yg terpedaya. Amin.

    ReplyDelete
  8. rasanya macam ada iklan kerja kosong guna ayat lebih kurang mcm tu kat metro.. huhu..
    tu yg susah cr kerja kat surat khabar..kena hati2..lg2 perempuan la..

    lagi satu..kalau ada hadiah2 macam tu, kena fikir 2 3 kali sblum terima tawaran,ya la..mcm bapak saya ckp,mana ada benda free kat dunia ni.., bukan senang2 nak dapat hadiah..yg dapat hadiah duit berjuta-juta tu.. kenapa yg jual/promote/etc tak ada ke yg menang..? huhu

    ReplyDelete
  9. Sekarang macam2 taktik diorang nak menipu..ada dgr juga skrg sibuk pasal gores dan menang dengan cara pukau mangsa..minta dijauhkan semua ni..

    ReplyDelete
  10. sis JM pernah tergoda dengan taktik mereka ni waktu tu di mall..mmg ada 2 org lah time tu pekerja A dan pekerja B..boleh lak sis dgr penerangan dorang sbb pekerja A tu hensem..ahaah dasar! then selepas beberapa ketika dia mitna gores dan menang tu jgk lah...taktik yg sama dia call bos like yg Zumal stori ni..waktu tu nasib baik pegi bersama adik then dia ckp x pelru percaya lah semua tu belum tentu BETUL..then kami beredardan tak beli apa-apa...

    selang 1/2 jam sis JM lalu tempat tadi dan nampak seorang 'kaka' dah terkena dgn helah mereka

    ReplyDelete
  11. terima kasih Zumal kongsi perkara ni kerana ramai yg tak tahu tau

    ReplyDelete
  12. pehhhhhh ingat zumal menang bmw..hahaha

    bahaya taktik dieorang.. jadi seram pulak. smoga dijauhkn laa..

    ReplyDelete
  13. diaorang ni kalau nak menipu macam macam yang diaorang buat.

    ReplyDelete
  14. sorry lama tak nyinggah sini sebab everytime saya cuba BW dengan phone ada pulak iklan yang menghalang saya dari drop comment. So, saya tak dapat comment :(
    Ni saya guna PC.

    ReplyDelete
  15. Erghhh...saya sendiri pernah kenalah Zumal.
    Melayang RM2300.
    Dah pulak duit tu baru je saya dapat. Dah nasib badan..

    ReplyDelete
  16. Ni semua kisah yang mana duit-duit saya habis macam tu saja..
    -> Macam kaya sangat..

    ReplyDelete
  17. saya pernah gak kena..dok terang2 kat saya..last2 saya bg taw saya student lagi mna ada duit...hehehhe

    ReplyDelete
  18. tudia aih depa2 ni mmg jenis nak mkn kaki ni kalo kantoi dpn or yg pns hati hehe

    ReplyDelete
  19. Sindiket ni. Diorang akan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Selalunya surirumah la yang selalu kena tipu.

    ReplyDelete
  20. parents pernah kena dulu2. lepas tu memang say no no dah la dgn benda2 gores dan menang ni. benda yg digores skrg hanyalah kupon parking haha. :D

    lagi frust bila tgk kat kedai elektrik, benda yg sama tapi lebih berjenama murah lagi. T_T zaman tu famous ngan Panasonic

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts