TORTILLA ESPANOLA VERSI ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat memulakan sesi persekolahan buat semua adik kita yer. DZ pun baru start kerja selepas 4 hari cuti. Baru dapat demam setelah tiba 2015. Seram sejuk rasanya.
Semalam DZ ada try satu resepi yang DZ belajar dari rancangan Spice Route di TV3. Kalau korang nak tahu, DZ nie memang suka tengok rancangan masakan tau. DZ memang suka masak. Lagi satu kalau benda simple memang selalu la DZ buat. Tapi lama gak tak masak. Banyak dah resepi yang DZ lupa kerana jarang praktik kat rumah. Teringat masa keja part time kat UUM dulu masa tu la baru DZ kerap masak keja pembantu chef memang kena masak-masak. Tapi tahun 2012-2013 DZ jarang masak jadi lupa banyak resepi yang bos ajar dulu.

Ok. Dah lari tajuk pun. Sekarang DZ kongsikan resepi Tortilla Espanola. Nama nampak cam berat tapi ia semudah 123 je. Bahan-bahan yang perlu ada, telur ayam 2-3 biji, cili merah, bawang besar, kentang, garam dan telur mate adabi.

Mula-mula, potong nipis kentang dalam 2 biji. Bersihkan dan goreng sehingga garing. Bila dah garing ketepikan dulu. Sekarang potong bawang dan cili macam korang duk buat telur dadar tu. Pecahkan telur, pukul sehingga kembang, masukkan garam secukup rasa diikuti cili dan bawang. Masukkan pula telur mate adabi satu sudu besar. Pukul sehingga rata.

Panaskan sedikit minyak, masukkan semula kentang yang siap digoreng tadi. Kemudian tuang bahan yang telah dicampur bersama telur tadi. Goreng hingga garing. Alihkan pula. Goreng hingga masak. Dah siap untuk dihidang. Selamat mencuba Tortilla Espanola ini...


Langkah 1: potong kentang
Langkah 2: goreng kentang hingga garing
Gambaran masa kentang telah garing, asingkan dan tos hingga keluar minyak
Langkah 3: Pukul telur hingga kembang
Langkah 4: masukkan garam, telur mate adabi, cili dan bawang
pukul sehingga sekata
Langkah 5: Panaskan minyak, masukkan kentang tadi, campur bahan yang dipukul bersama telur
Langkah 5: Goreng hingga masak, jangan lupa alih yer... Siap untuk dihidangkan...




#mesti korang kata, alahai resepi telur aje pun. Hehe...

Comments

  1. nampak sedap nii. boleh laa try :D

    ReplyDelete
  2. macam boleh cuba jer ni...he he he...

    ReplyDelete
  3. Rajinnya.. DZ.. Huhu..
    simple takpe asalkan sedap dan kenyang.. :D

    ReplyDelete
  4. mcm sedap... nak cuba jugak lah thanks ye zumal

    ReplyDelete
  5. sedapnya nam masakannya pun unik...

    ReplyDelete
  6. Wahh menarik.. nampak sedap dan sungguh menyelerakan.. :)

    ReplyDelete
  7. Wohoooo... semua bahan ada kat dapo... nak cuba malam ni jugak... thanks DZ

    ReplyDelete
  8. masakan telur pun tapi lain dari yang lain sebab ada kentang.
    senang jer, kena cuba buat ni

    ReplyDelete
  9. simple..mmg sedap..telur mate yg iklan tu eh??

    ReplyDelete
  10. mkn ni pun dah kenyang . tak yah nasi dah ...

    ReplyDelete
  11. Penah dengar tortilla.
    Tapi, xpenah jumpa.
    Nampak sedap je resipi zumal ni.
    Ermmm...mintak sikit.

    ReplyDelete
  12. resepi mudah... boleh try gak ni

    ReplyDelete
  13. pergh.. zu mal pandai masak rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde la pandai Pha Is... Sekadar boleh makan jew ^-^

      Delete
  14. Senangnya...boleh la cuba nanti :)

    ReplyDelete
  15. TORTILLA ESPANOLA? tersimpul lidah nk sebut nih...semudah ABC sedap di mkn begitu sahaja :-)

    ReplyDelete
  16. Assalam zumal,
    waaaaaaaaaaaaaaaa...nampak macam menarik ja
    nak kena try ni :)

    ReplyDelete
  17. nampak menyelerakan resepi zumal tu. senang pun senang.

    ReplyDelete
  18. wow kentang! feveret ana nih apa saja mknan base on kentang! hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts