HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Setelah pulang solat tadi zumal mendapat satu risalah dan pengisian amat bermanfaat. Jadi petang ini zumal ingin kongsikan kandungan risalah tersebut.

Sepanjang tahun lepas kita didatangi pelbagai musibah yang melanda negara kita bahkan ada antara kita yang mengalaminya sendiri. Sedarlah bahawa disebalik musibah yang berlaku itu terselit hikmah yang tersembunyi. Antara hikmah yang boleh diambil:

1. Mengangkat darjat
Musibah yang menimpa seseorang merupakan jalan Allah meninggikan darjat. Kisah Nabi Ayub contoh terbaik. Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia disisi Allah, namun masih terbaik sangka. Sudah dirinya ditimpa penyakit. Isteri-isterinya menjauhkan diri. Nabi Ayub tetap bersabar, sehingga Allah mengembalikan kesihatan dan meninggikan darjatnya.

2. Tanda cinta
Musibah adalah tanda cinta Allah, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya besarnya pahala yang kita perolehi bergantung kepada besarnya dugaan, dan Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. (HR. Ahmad dan Tirmidzi)

3. Mendidik jiwa bersifat sabar
Yakinlah Allah tidak akan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupan dan kemampuannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar dan sentiasa bersama mereka. Sebagai mana firmannya: Dan ingatlah Allah sent I as a mengasihi orang-orang yang sabar. (Surah Ali I mean:146)

4. Pembersihan dosa
Hikmah ditimpa musibah adalah satu Cara membersihkan jiwa. Ia sesuai dengan had is Rasulullah s.a.w bermaksud: Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya. (HR. Bukhari dan Muslim )

5. Keinsafan
Jangan dicela musibah yang menimpa. Hakikatnya Allah sedang memberi perhatian. Bukankah itu satu kemuliaan?

6. Membersih hati
Manusia yang tidak diuji dengan musibah menjadi ujub dan takbur. Musibah dalam bentuk apa pun adalah rahmat Allah. Ia dapat membersihkan jiwa dan menyuci iman. Itu ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah kepada orang yang beriman.

Penutup
Nikmat yang diperolehi ketika ini wajib disyukuri. Jika ditimpa musibah, mohon kesembuhan kepadaNya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al Quran kerana di sana ada penawar.

Dipetik dari Risalah Al Izzah Bio 8/2015

Comments

  1. Pengisian yang bermanfaat... selalu kita lupa musibah tu ada hikmah tersembunyi :)

    ReplyDelete
  2. kadang2 prkara seperti demam, takde elektrik/air pon boleh mndatangkan keinsafan pd mnusia :) time tu la nak ingat orang2 yg hidup betul2 daif

    ReplyDelete
  3. stiap musibah inshaallah ade hikmahnya. thanks sharing zumal :)

    ReplyDelete
  4. Nice sharing dan oleh itu kita x perlu mengeluh kerana setiap musibah d sebaliknya yg kita x tahu

    ReplyDelete
  5. bukan senang utk kita 'menghargai' musibah. Tapi kalau selalu ingat Allah, yg susah pun jadi mudah. *muhasabah*

    ReplyDelete
  6. tapi lebih ramai yg mengeluh dari menerima musibah itu sebaga ujian dan peringatan ...

    ReplyDelete
  7. Terima kasih..Perkongsian yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  8. TQ PERKONGSIAN YG SGT BERMENAFAAT

    ReplyDelete
  9. Allah takkan menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya :)

    ReplyDelete
  10. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    ReplyDelete
  11. Pengisian yang baik. Semua kejadian ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  12. hidup tanpa ujian bukan hidup namanya

    ReplyDelete
  13. betul tu, Allah takkan sengaja bagi kita dugaan melainkan ada hikmah dan kebaikkan di sebaliknya..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah.
    Thanks for sharing, zumal.
    Semoga zumal ceria2 selalu.

    ReplyDelete
  15. thanx untuk perkongsian ni :)

    ReplyDelete
  16. pengisian yang bagus
    terima kasih atas perkongsian ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts