KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang mungkin ramai dah lena diulit mimpi. Zumal pula tak mampu melelapkan mata. Sakit. Sakit yang dibuat sendiri. Ahad lepas, kaki kanan zumal nie gatal sangat. Sejak tu rasa sedap pula nak menggaru. Akhir pada Isnin malam jari-jari kaki zumal tu melecet. Zumal hanya sapu ubat gatal jew. Harap lega la. Balik jew keja petang tadi rupanya dah terluka jari kaki tu. Kebas macam dah hilang kaki jew. Patut la masa naik turun tangga ofis petang tadi rasa sakit sangat. Alahai tak raya la zumal. Nampak gayanya terpaksa cuti la hari ni. Serba salah nak cuti pun sebabnya ramai yang tak ada kat ofis kerana ada yang mc dan mohon cuti lebih awal. Lagi pula zumal yang gantikan kerja dorang tu. Kekadang zumal faham ada orang anggap zumal ni malas kerja. Tolong la jangan fikir gitu beb. Kekadang awak tak ada kerja awak saya tolong tau. Lagi pun rugi jew zumal cuti sebab hari cuti tak kira gaji. Tapi kerana terpaksa aku relakan la. Drama sungguh. Lagi satu dorang hairan kot why zumal asyik cuti kecemasan bukan mc. Untuk pengetahuan korang, cuti jenis apa pun gaji tak akan dikira jadi zumal tak rela tunggu lama-lama kat klinik kesihatan semata-mata untuk mc. Apa yang penting ubat jew. Jadi zumal selalu bertandang ke Klinik 1 Malaysia. Cepat dan dapat juga ubat. Alahai kurang la gaji bulan nie. Nasib la ada advertorial yang tampung serba sedikit. Nampak gaya nak berblogwalking pun tak terdaya sebab guna gadget kecil nie. Zumal balas kunjungan minggu depan aje k. Selamat bercuti kepada semua yang bercuti. Gong Xi Fa Cai...
#hari nie sakit perut juga sebab terlebih makan limau CNY.

Comments

  1. ayoooo..kita tak merasa lagi limau CNY.. heheh.. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. salam singgah pagi dik zumal....alah hai...kesian zumal...apa2 pun semoga cepat sembuh ya....dab selamat bercuti CNY juga...

    ReplyDelete
  3. SAPU TEPONG GANNDUM CUMAL PADA KAKI TU..PETUA DULU2..HAPPY CNY..

    ReplyDelete
  4. jaga kesihatan ye DZ. makan limau tu, sila2 beringat2 ;p

    ReplyDelete
  5. tulah makan banyak sangat limau kan dah sakit perut. apalah salahnya bagi limau tu kat saya sikit :p haha k gurau. rumah saya tahun ni tak beli pulak limau CNY T.T

    ReplyDelete
  6. semoga kaki tu cepat sembuh ... selamat bercuti .

    ReplyDelete
  7. Zumal, jangan lah garu sangat.
    Kan dah melecet.
    Next time kalau gatal, zumal cepat dapatkan ubat tau.

    ReplyDelete
  8. Alahai sian dengar zumal dikritik rakan sekerja.
    Ye lah, dah memang gaji x jalan juga kenapa nak kritik?
    Ermmm...
    Patient saya pulak ada yang sanggup sambung kerja n takmo MC sebab kalau x...jadi sama mcm zumal - gaji x jalan.

    ReplyDelete
  9. Takpe, jangan dipikirkan sangat tentang BW tu.
    Yang penting, jaga kesihatan ye.
    Semoga recover cepat.

    ReplyDelete
  10. jari kaki gatal? apa puncanya...salah mkn ke

    ReplyDelete
  11. semoga cepat sembuh dan jaga kesihatan ya zumal

    ReplyDelete
  12. get well soon zumal..jaga kesihatan oke...

    ReplyDelete
  13. Get well soon Zumal...
    heee limau kat rumah ada sekotak lagi...

    ReplyDelete
  14. Harap2 skrng dah sembuhlah hendaknya... aamiin..

    ReplyDelete
  15. jangan garu terlebih zumal, luka jadinya.
    harapnya dah sembuh la sekarang ni

    ReplyDelete
  16. bgusnya zumal macam murni gak..kalau sakit amik je annual leave...tak mau ambik MC

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts