LETIH DENGAN DIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pagi nie Zumal terasa letih betul bila tiba-tiba dia jadi sangat manja dan mengada-ngada. Selalu dia lebih rapat dengan tok tapi sejak semalam dia dah mula manja dan jinak dengan Zumal. 

Benda apa yang korang fikir agaknya tu yer? Boboy la. Kucing Zumal. Dah lama Zumal tak cerita kisah-kisah mereka kat blog kan? Sebab mereka buat perkara biasa yang pernah Zumal kongsikan tapi pagi nie Boboy ajak Zumal berkejar-kejar dalam rumah. Zumal lari dia kejar. Bila Zumal kejar dia lari. Situasi berlarutan hampir 10 minit gak. Letih dibuatnya. Selalu Boboy nie susah nak pegang dia. Dia manja dengan tok jew. Dulu kalau Zumal nak pegang dia tak nak. Jom tengok aksi Boboy yer...





Bila Boboy buat perangai manja nie, zumal teringat pula Net yang telah pergi hujung tahun lepas. Net la yang paling manja dengan Zumal. Net selalu ikut kaki bila kita melangkah supaya kita dukung dia. Kalau kita dukung tak boleh duduk kena bawa dia pusing-pusing dalam atau luar rumah. Dia diam jew kalau Zumal dukung. Sekarang Boboy pun semakin rapat dengan Zumal. Moga Boboy tak tinggalkan kami sekeluarga macam Net... Tak sabar nak balik bermain dengan Boboy. Tak lama lagi Boboy nak dapat adik baru. I miss you Boboy ^-^

Comments

  1. manjanya kucing zumal..dulu wanie ada bela kucing jugak tapi bila kucing tu dah mati, dah takde pengganti sampai sekarang..huhu..rindu pulak dengan kerenah kucing tu dulu2..

    ReplyDelete
  2. Alahai, cutenya boboy.. Miss my anak2 bulus.. Ntah apela nasib diorang skrg.. Hidup lagi ke tak.. Huhu.. T_T

    ReplyDelete
  3. Comel nyer kucing awak...Mata bulat hitam pekat pulak tu...

    ReplyDelete
  4. Uh...zumal ni mmg suka wat tajuk suspen lah...hihi..

    ReplyDelete
  5. teringin sangat nak bela kucing tapi tak boleh sebab adik sorang tu ada asma

    ReplyDelete
  6. Assalam zumal,
    zumal ni macam blogger yui laaaaaaaaa
    peminat kucing
    penyayang :)

    ReplyDelete
  7. Hehee manjanya dia. Comel je boboy.. :) :)

    ReplyDelete
  8. saya terharu baca kisah Boboy dan zumal ni. saya sedih bila teringat pada Net.

    ReplyDelete
  9. Comel..geram tgk kucing ngada2 ni..hehehe :)

    ReplyDelete
  10. sonok tgk kucing yg mnja2 ni kan hihihi

    ReplyDelete
  11. wow boboy ajak zumal excercise ler tu..kikiki

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts