MINAT EVENT MANAGEMENT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie zumal tak tahu apa yang nak dikongsikan untuk korang semua tapi ada sesuatu buat hati ini berbunga kembali pada Nuffnang. Kenapa? Sebabnya sebelum nie kalau tak silap Zumal ada kongsikan yang status akaun Nuffnang bertukar kepada Non-Glitterati. Masa tu rasa macam nak merajuk dengan Nuffnang nie. Macam nak beralih arah kepada yang lain. Tapi... Hari nie Zumal dah kembali kepada status Glitterati. Alhamdulillah.


Kenapa Zumal ambil berat pasal status tu? Banyak sebabnya, jika kita terus di status Non-Glitterati, kita sukar nak dapat CPUV dah. Sukar nak dapat tawaran lain yang hebat dari Nuffnang tu. Zumal memang sejujurnya bergantung harap pada income kat blog lebih dari gaji kerja sebenarnya. Disebabkan Zumal jarang update blog maka status tu bertukar ke Non-Glitterati. Bukan sengaja tak nak update, sebabnya gadget yang sentiasa Zumal guna untuk berblog tu rosak jadi Zumal bergantung pada pc ofis. Bila kat ofis, Zumal ada juga kerja lain nak buat. Sukar la sikit. Sekarang asyik curi-curi masa untuk berblog. Moga orang tak marah Zumal laa. Dan jangan dengki kay...

Moga hujung minggu depan masalah untuk update blog nie dapat Zumal atasi semula. Sekarang tengah survey gadget apa pula yang kena Zumal miliki untuk gantikan Lenovo Zumal tu. Moga dapat la mengupdate semula blog seperti biasa.

Dalam akaun Nuffnang nie kita boleh check keywords yang menjurus carian ke blog kita kan? Hari nie Zumal sesaja check. Dari dulu Zumal tengok mesti ada someone yang cari pasal Pengurusan Acara atau Event Management nie. Bidang tersebut antara bidang kerjaya idaman Zumal. Bukan nak bekerja sebagai event crew tapi teringin nak bangunkan sendiri syarikat yang menjurus kepada bidang tersebut. Zumal minat sertai event sebenarnya tapi ada kekangan yang buat ianya tak jadi...


Zumal dengar sepupu Zumal pun ada nak anjurkan event kat Perlis nanti. Kalau tak silap Karnival Udara Perlis 2015. Dia tak cerita pun cuma emak dia suka borak dengan Zumal tentang aktiviti anaknya. Zumal rasa excited gak dengar Karnival Udara Perlis tu. Kalau jadi, Zumal akan support event tu sebaik mungkin. Moga sepupu Zumal berjaya dalam event tersebut.

Antara keyword lain yang menjurus kepada blog Zumal nie setiap masa adalah mengenai produk babies blink. Dulu memang pernah Zumal review produk nie DI SINI. Pasal testimoni tak ada la, kawan-kawan yang guna cakap ok. Ok tak? Cuba sendiri yer.




Comments

  1. Alhamdullillah kan..

    ReplyDelete
  2. takpe janji rajin posting blog dan orignal entri. Just be yourself. Keep up! kita pun tengah mendaki.

    ReplyDelete
  3. DZ dh lama berblog...beribu dah post...hebat!!!...sy ni baru merangkak2...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Sha salute dengan orang / crew event management. Sebab diorang boleh handle event & flow majlis dengan baik. Kalau Sha ni, nak urus diri sendiri pun tunggang langgang. Harapan aje lah nk jadi a part of event management team T_T

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. syukurlah. Menarik juga karnival udara Perlis tu. Manalah tau ada rezeki, boleh juga pergi.. in shaa Allah.. :)

    ReplyDelete
  6. saya dah lama berpatah arang dengan Nuffnang :(

    ReplyDelete
  7. banyak juga tu keyword . tahniah2

    ReplyDelete
  8. bkn senang sbnrnya nk uruskan satu2 event tu kan...mmg salute laa pada yg berjaya

    ReplyDelete
  9. haha kenapa Malaysian ni suka cari gambar lawak or imej lawak?
    hmmm........

    ReplyDelete
  10. event management? x minat huhhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts