OST HATI PEREMPUAN


Hati Perempuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semalam telah berakhir drama bersiri Teman Lelaki Upahan dalam slot Akasia TV3. Ini bermakna minggu depan kita akan dihidangkan dengan drama bersiri Hati Perempuan. Drama Hati Perempuan membariskan para pelakon terdiri daripada Mia Ahmad, Syarul Ridzwan, Hafreez Adam, Hafeez Mikail, Nadzmi Adhwa dan ramai lagi. Drama ini arahan Kas Roshan dan bakal bersiaran pada 30 Mac 2015, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6.55 petang. Untuk sinopsis boleh tengok DI SINI

OST Hati Perempuan adalah lagu Sampai Mati iaitu single terbaru Hazama untuk tahun 2015. Jom hayati lirik lagu Sampai Mati ini.

Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu

Dan detak jantungku menahan
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu

Ku terlihat lagu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku

Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama

Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta dihati mu


Comments

  1. ni bakal jadi fenomena lagilah ni...

    ReplyDelete
  2. ni pun macam best jugak kan..syarul dan hafreez ada..

    ReplyDelete
  3. slot akasia baru.... salam kenal saya follow sini
    http://letsgoofy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Susah nak tengok drama Melayu kat tv. Ibu dan bapa saya anti drama Melayu.

    ReplyDelete
  5. susah juga nk tengok drama melayu di tv ni sbb anak2 minat progrm masak jer...

    ReplyDelete
  6. 6.55 petang? alamak...sibuk kat dapur

    ReplyDelete
  7. Salam singgah pagi zumal....wahhh....drama ganti kepada teman lelaki upahan lah ni kan...

    ReplyDelete
  8. sis lbh byk layan lappy dr tgk tv ... heeee

    ReplyDelete
  9. trending zmn skg... tp waktu tu, x blk umah lagi...ish

    ReplyDelete
  10. Saya mmg tak kesempatanlah nk tengok ni DZ.. :)

    ReplyDelete
  11. dah byk series cerita xdpt tgk..huhu..teman llki upahan,adam pedas untuk dia,semua tak tgk..bukan xlayan atau tak suka tapi xberkesempatan..huhu

    ReplyDelete
  12. tengok macam2 tu jer drama nih..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts