SAMBUTAN JUBLI EMAS SMK SYED HASSAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri ini adalah sebagai pemakluman khas kepada semua bekas pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan, Kangar Perlis. Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan akan mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas pada 30 April 2015 ini dan pihak sekolah amat memerlukan bantuan dan sokongan bekas-bekas pelajar untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut. Sehubungan itu, diminta anda menghubungi pihak sekolah atau dengan Cikgu Noorhashimi Mohd Zain (0135131500) atau Cikgu Mazila Hassan (0134886605) atau Cikgu Azuralidza Zakaria (0104048248) sekiranya anda ingin membantu dan menyumbang tenaga, idea dan dana kepada pihak sekolah.  Pihak sekolah amat mengalu-alukan bantuan dan sumbangan dari semua bekas pelajar yang disayangi.

Pihak sekolah juga mengalukan wakil setiap kohot (batch) dapat menghantar wakil untuk berbincang dan merealisasikan penubuhan persatuan alumni sekolah. Pihak sekolah bersedia memberi kerjasama dan menyediakan tempat untuk bermesyuarat. Anda yang yang berminat boleh ke link event DI SINI


SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN

Sekolah ini telah ditubuhkan pada 10 Januari 1965 atas nama Sekolah Menengah Kangar (L) pada sesi petang bertempat di belakang Pejabat Pos Kangar sekarang ini. Bilangan murid ketika itu 99 orang lelaki dan 52 orang perempuan. Gurunya pada ketika itu hanya 3 orang. Pada tahun 1966, murid-murid telah bertambah 361 orang dan 14 orang guru. Pada Januari 1967, sekoalh berpindah ke bangunan baru yang mengandungi 12 bilik darjah di Jalan Sekolah Derma. Tahun 1967 merupakan kumpulan pertama murid-murid menduduki SRP.

Pada 14 Mei 1968, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan yang disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail. Upacara perasmian telah disaksikan oleh DYMM Raja Perempuan Perlis, YAB Datuk Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad, YB Menteri Pelajaran, En Mohd Khir Johari, pembesar-pembesar negeri dan rakyat.

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan telah dijadikan sekolah sukan negeri pada tahun 2010 dan kini dikenali Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan Sekolah Sukan Negeri Perlis (SMKSHSSN). Sekolah ini menumpukan perkembangan sukan terutamanya bola sepak, hoki dan olahraga. 

KAITAN DENGAN ZUMAL

Zumal adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan ini pada tahun 1997 sehingga tahun 2003. Zumal masuk ke sekolah ini dari Tingkatan 1 sehinggalah Tingkatan 6 Atas. Pelbagai suka duka telah dilalui bersama rakan-rakan. Rakan-rakan batch Zumal masih kekal berhubung hingga kini, kebanyakkan antara mereka telah bertugas di luar Perlis. Setiap kali reunion memang Zumal tak ada kesempatan untuk turut serta kerana mereka selalu adakan majlis di Lembah Klang. Moga tahun nie bersempena Majlis Sambutan Jubli Emas ini kami dapat berkumpul semula.

ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED HASSAN
Jalan Sekolah Derma
01000 Kangar, Perlis.

Telefon : 04-9766217
Faks : 04-9776641

Comments

  1. wah pasti zumal orang penting ni kan?

    ReplyDelete
  2. selamat ulang ttahun jubli emas sekolah ternama di kangar ni...zumal mesti sibuk juga dlm mjlis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal sekadar pergi sebagai bekas pelajar jew...

      Delete
  3. Kenapa sekolah kitew tak buat macam ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suggest kat cikgu dan kawan-kawan mesti ada yang sudi nak buat ^^

      Delete
  4. wah.. seronok kalau reunion ni..

    ReplyDelete
  5. Salam singah sini zumal...wahh...selamat ulang tahun jubli emas sekolah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hasan...

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnyeee . nnti nk buat jugak ahhh .haha

    ReplyDelete
  7. wahhh mesti best dapat jumpa kawan2 lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang diharapkan. Boleh jumpa cikgu juga ^^

      Delete
  8. Replies
    1. Hehe, sama yer... Hari tu pergi ke Pesta Angin Timur tu?

      Delete
  9. seronoknyaa kalau buat reunion jumpa kawan2 lama ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, lagi satu zumal nak buli balik pembuli zumal masa sekolah dulu. Haha ^-^

      Delete
  10. Reunion besar-besaran ke zumal?

    ReplyDelete
  11. memang best pergi majlis renunion begini..jumpa kawan lama lama..

    ReplyDelete
  12. owh... tahniah..
    skolah saya tahun depan ada jugak buat diner sempena ulang tahun yg ke-100.. tapi saya tak pergi pun.. hehe..

    ReplyDelete
  13. sekolah tepi jalan kat trafic light tu kan???
    kalau tak silap rita rudaini dengan pak yus sekolah ni jugak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, rumah zumal pun kat simpang tu aje ^^

      Delete
  14. Assalam zumal,
    waaaaaaaaaaa
    sungguh bersejarah entry uols ni he3

    ReplyDelete
  15. yang penting kita bernilai buat mereka..

    ReplyDelete
  16. Seronok sebenarnya sambutan jubli emas untuk sekolah ni. Meriah sebab dapat dana dari alumni-alumni. Hehe

    ReplyDelete
  17. antara cara untuk membangkitkan memori lama

    ReplyDelete
  18. wahh... seronoknya kumpul dengan kawan2 sekolah.. mesti banyak cerita akan kuar :)

    ReplyDelete
  19. wahh jubli emas, tahniah tahniah!

    tempat jatuh lg dikenang, inikan pulak tempat bermain :)

    ReplyDelete
  20. lama ye zumal sekolah kat situ. dari PMR, SPM dan STPM zumal semua zumal ambil kat situ. mesti banyak kenangan kan yang zumal ada kat sekolah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Zumal nie sekolah rendah pun kat depan sekolah menengah jew... Kiranya tak kemana dari kecil ^^

      Delete
  21. kalau menurut saya yang paling enak ntu tinggal bersama keluarga dunia dan akhirat...

    Obat Jelly Gamat Gold G

    ReplyDelete
  22. mesti best kalau dapat jumpa rakan2 sekolah masa sambutan jubli emas cenggini kan

    ReplyDelete
  23. wahh.. bestnya dah jubli emas. dulu masuk mrsm, kami la 1st batch SPM, lambat lagi la nak jubli emas :p

    selamat ulang tahun SMK syed hassan

    ReplyDelete
  24. Wah seronoknya.. pasti meriahkan DZ.. :)

    ReplyDelete
  25. Replies
    1. Insha Allah Zumal join. Lagi pun sekolah depan rumah jer. Hehe ^-^

      Delete
    2. kalau sekolah depan rumah x join mmg Zumal nk kena jual hehehehe

      Delete
  26. tentu meriah sambutannya nanti ...

    ReplyDelete
  27. wah. 1997, tahun sy lahir tu xD konfirm best bila bkumpul

    ReplyDelete
  28. wahh dah jubli emas SMK Syed Hassan ya.. tahun 1997 Eyda dah form 4.. kiranya Zumal nih lebih muda dari Eyda laa..

    ReplyDelete
  29. klasik sungguh.. lama dah dibina.. ehehe..

    ReplyDelete
  30. Wahh bestnyerr..untunglaa kan ada majlis camni

    ReplyDelete
  31. Hai Zumal....lama tak menyinggah ke blog Zumal. Happy day ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts