JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Semalam Zumal telah menghadiri satu program anjuran Perpustakaan Awam Negeri Perlis iaitu Let's Read Together For 10 Minutes atau Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Program ini telah dijalankan serentak di seluruh negara pada tepat jam 10.00 pagi selama 10 minit bagi memupuk budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia. 

Program ini telah dirasmikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Perlis mewakili Menteri Besar Perlis. Antara intipati program adalah sesi book review oleh dua orang penuntut IPG Negeri Perlis dan juga oleh seorang tokoh penulisan terkenal iaitu Datuk Rahman Shaari. 

Setiap peserta program semalam diberikan goodies bag yang berisi buku-buku yang berbeza setiap seorang. Zumal dapat buku Hikmah Terapi Air Mata dan Jurnal Warisan Indera Kayangan selain pen dan buku nota. Setiap peserta boleh pilih bahan bacaan mana yang hendak dibaca semasa program yang bermula jam 10.00 pagi itu. Zumal memilih membaca buku Hikmah Terapi Air Mata. Nanti dalam edisi entri lain Zumal kongsikan apa yang Zumal baca. 

Dalam 10 minit tersebut Zumal hanya sempat membaca 7 muka surat sahaja. Semasa program Let's Read Together For 10 Minutes dijalankan selama 10 minit keadaan sekitar sunyi seketika kerana semua fokus membaca dan dirakam oleh lensa-lensa kamera. Program ini juga dijalankan dibeberapa jabatan kerajaan lain di negeri Perlis secara serentak.



Rakan-rakan disebelah khusyuk membaca semasa program

Semua masih khusyuk meneruskan bacaan walaupun sesi 10 minit telah berakhir

Program Let's Read Together For 10 Minutes ini akan dijalankan setiap tahun pada tarikh yang sama. Moga tahun depan Zumal dapat turut serta lagi. Pengarah Perpustakaan Negara Negeri Perlis turut menyarankan untuk semua jabatan dan institusi kerajaan di Negeri Perlis untuk memperuntukkan satu slot book review sekali atau dua kali seminggu dalam mesyuarat dan majlis di peringkat jabatan masing-masing. 

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Perpustakaan Negara Negeri Perlis
Book Review oleh Datuk Rahman Shaari tentang buku ' Membaca Manusia'

Semoga program Let's Read Together For 10 Minutes ini berjaya mencapai matlamat meningkatka budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia dan program ini mendapat sambutan lebih baik pada masa akan datang. Sekian daripada Zumal, bersama kita memupuk budaya membaca, membaca adalah jambatan ilmu. Wassalam...

Comments

  1. wahh, ni satu inisiatif yg bagus! :D

    teringat satu kajian yg Malaysian youths tak tahu sangat general knowledge, contoh macam negara apa yang ada di selatan Malaysia - ada yg jawab Thailand.

    moga2 dgn ada kempen ni, kita semua ada lebih berminat membaca benda2 ilmiah yg tak melaghakan :)

    ReplyDelete
  2. bagus usaha sebegini.. sekurang2nya boleh memupuk minat membaca..

    ReplyDelete
  3. Zumal jumpa Prof. Rahman Shaari? Bestnya...eloklah ada program sebegini. dapat pupuk minat membaca dalam kalangan orang kita. membaca kan jambatan ilmu.

    ReplyDelete
  4. Membaca jambatan ilmu.. program yg baik dan sepatutnya kita sokong..

    ReplyDelete
  5. Assalam zumal
    baguih program ni
    terasa iols hokeyh
    ater udah lama kutinggalan pembacaan gitew he3

    ReplyDelete
  6. okay, tak sangka ada program macam ni. menarik sangat. barulah orang terdrong nak baca kan :D

    ReplyDelete
  7. PRogram yang bagus :) seronoknya kalau dapat join event mcm ni :)

    ReplyDelete
  8. betul membaca jambatan ilmu..kalau kita tukar membaca adalah panduan hidup boleh tak :-)

    ReplyDelete
  9. macam-macam inisiatif kerajaan untuk menarik minta pembaca. memang bagus

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts