NAT SENI BUDAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semasa Program Merakyatkan Seni Budaya Karnival Memancing pada Sabtu lalu, turut diadakan juga Nat Seni Budaya. Korang yang tak berasal dari Perlis atau Kedah mesti tak tahu apa itu 'nat'. Nat yang dimaksudkan adalah pasar hari seperti pasar tani. Nat Seni Budaya yang dianjurkan oleh JKKN Negeri Perlis ini bertujuan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan dan tradisional.

Antara produk yang dipamer dan dijual adalah golok (sejenis pisau atau parang bersarung), keris, hiasan meja, senduk tempurung kelapa, tabung buluh, tudung saji, bakul, lukisan kanvas, aksesori wanita, pakaian dan makanan








Sebahagian produk yang dipamerkan ini memang amat sukar kita perolehi di dalam pasaran biasa atau pasar pagi dan pasar malam. Nat Seni Budaya ini memang sesuai seperti namanya. Moga pihak JKKN dapat menganjurkan nat seperti ini dilain kali. Disamping membantu memasarkan produk tempatan, ia juga dapat memberikan info berguna buat generasi baru. Sekian, wassalam...

Comments

  1. wah ada nat seni budaya pula..mesti ramai yg berminat mndptkan hasil tangan yg dijual di situ.

    ReplyDelete
  2. bagus bila ada prog macam ni. memperkenalakn warisan kita

    ReplyDelete
  3. senduk dari tempurung kelapa tu menarik

    ReplyDelete
  4. saya suka seni kraf malaysia mcm ni. hasil dia mmng bermutu

    ReplyDelete
  5. Saya baru tahu maksud Nat tu Zumal hihii.. T kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
  6. rambang mata kalau dapat pi nat.
    Nat simpang 4, Nat pokok asam...lamanya tak pi nat

    ReplyDelete
  7. i suka juga lepak kat pasar seni macam ni
    MY-Emily

    ReplyDelete
  8. dulu2, kalo balik kg suami kt arau, blur je bila dgr org sebut 'nat' hehe..skrang dah tau dah..hehe

    bagus nat seni budaya ni, lain dari yg lain :)

    ReplyDelete
  9. bagus buat macam nih.. boleh juga anak muda sekarang menegnai peralatan atau produk yang sukar dijumpai nih..

    ReplyDelete
  10. Baru tau NAT tu ape. Selama ni dok perlis tak pernah dgr lagi perkataan nat tu.

    ReplyDelete
  11. bagusnya ada karnival cmnie.. :)

    ReplyDelete
  12. Cik Mimie suka kalau ada event2 macam ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts