SPY BERSEPAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Disebabkan kerja Zumal untuk pagi ini dah settle jadi teringat pula nak kongsikan sesuatu buat semua. Perkara nie paling penting jika korang sentiasa travel atau menginap bukan di kediaman sendiri. Jaga-jaga anda sedang diperhatikan...

Sekarang nie zaman dah terlebih moden dan terlajak laris maju. Kenapa Zumal katakan begitu? Segalanya dihujung jari korang kan. Segala maklumat kini dalam poket jer. Dunia sudah dalam genggaman. Macam jahat gila ayat tu. Dunia Zumal jer hanya dalam genggaman Zumal. Eh, ape la yang Zumal merepek nie???

Entri ini berkaitan spy camera yer. Pada kebiasaannya kita hanya tahu pasal spy camera yang macam pen dan beberapa kamera kecil yang familiar digunakan untuk snap gambar di kawasan yang tidak dibenarkan macam dalam galeri atau tempat tertentu. Berikut antara spy camera yang biasa dan korang tentu dah familiar.

spy pen
smartwatch

Sama ada korang tahu atau tidak benda disekitar korang juga mungkin adalah spy camera. Benda tersebut seperti soket, jam meja, jam dinding, bingkai gambar, penyangkut baju dan macam-macam lagi la. Jom tengok antara spy camera yang ada di pasaran Malaysia.











Bukan main-main yer. Gambar kat atas tu semua adalah spy camera. Oleh yang demikian bagi korang yang selalu menyewa hotel dan bilik penginapan atau pun rumah sewa silalah berhati-hati yer. Bukan Zumal nak menakutkan korang tapi inilah kenyataan apabila dunia terlajak maju. Privasi kita juga terganggu. Selain tu korang juga boleh memiliki gadjet untuk mengesan spy camera ini.


Semua gadget kat atas nie korang boleh shopping kat Lazada jer. Mana tahu korang nak jadi Detective Conan ker. 

Comments

  1. Biasanya yang beli barangan ini golongan lelaki gatal yang suka mengintai perempuan. Tak percaya boleh intai senarai jualan Lazada dan kedai-kedai digital online seangkatannya.

    ReplyDelete
  2. benda benda macam ni r yg menyebabkan pergerakan kite terbatas & perlu lebih berhati hati..

    ReplyDelete
  3. Menakutkan betul bnda2 macam ni...minta dijauhkan la..

    ReplyDelete
  4. susah nk brgerak kalau ada kamera pengintai gini..

    ReplyDelete
  5. bahayanya.. kena scan dulu la b4 beli..

    ReplyDelete
  6. Hal-hal privacy macam ni kadang menyusahkan juga sebab tak seronok sebenarnya bila rasa diri diperhatikan. Tambah pulak dengan device yang makin kecil sekarang ni. Makin mudahlah orang nak sorokkan alat pengintipan. Kamera kecil zaman-zaman James Bond or Mat Bond dulu tu pun dah dianggap bersaiz besar zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. menakutkan.. mungkin bila2 masa jer kita menjadi mangsa intipan..

    ReplyDelete
  8. Best kalau kita sndiri ada... Tapi bhya kalau org lain ada... Hehe

    ReplyDelete
  9. bagus menda ni sebenarnya kan . tapi takut disalah guna . .

    ReplyDelete
  10. Macam inspektor gajet pun ye.

    ReplyDelete
  11. Hehe kena hati2..mcm2 benda leh jd spy skarang ni kan..

    ReplyDelete
  12. Huih, dah macam James Bond pulak. Padahal item macam biasa2 je. Seram >.<

    ReplyDelete
  13. Best juga klu ada pen mcm tu.. mmg terasa mcm spy juga tu huhu.. :D

    ReplyDelete
  14. kena berhati hati lepas ni. buat silap sikit je muka kita pasi kena tangkap dengan spy kamera tu pastu sebar dalam internet.

    ReplyDelete
  15. benda-benda camnilah yang dirisaukan setiap kali check in hotel. Rasa macam tak selamat jer, tak bebas

    ReplyDelete
  16. Selalu hati2 dimana pun berada sebab selalu ada bahaya mengintai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts