FASA BARU

Assalamualaikum dan sejahtera semua. Selamat berhujung minggu kepada korang. Tengah buat ape tu? Bercuti? Berehat? Alhamdulillah, peruntukan masa berharga ini buat keluarga.

Fasa baru? Ehem, bukan Zumal buat projek perumahan kay. Cuma fasa baru dalam perjalanan hidup seharian Zumal. Hari nie percubaan untuk Zumal buat kesekian kalinya. Apakah itu? Untuk pengetahuan korang hari nie Zumal memulakan projek 2015 yang telah Zumal rancangkan sejak tahun lepas. Projek apa tu? Bisnes. Sekarang Zumal buat part time berniaga di D'Mara Plaza Utan Aji. Zumal hanya menumpang di kiosk sahabat Zumal. Semoga permulaan kali ini membuahkan hasil. Insha Allah.


Apa yang Zumal jual? Rakan Zumal menjual barangan sunnah seperti kurma, minyak zaitun, madu, cuka kurma, kismis dan pelbagai produk dari Timur Tengah. Zumal pula menambah skop barangan di kiosk itu dengan menjual barang permainan. Lari tajuk kan? Bukan tajuk entri tapi tema bisnes rakan Zumal tu. Sebelum nie rakan Zumal hanya buka kiosknya dari pukul 5.00 petang ke 7.00 malam aje. Bila Zumal mula join, masa perniagaan start dari pagi la. Itupun bila Zumal cuti. Tapi kalau stabil insha Allah Zumal cuti terus jer.

Permainan yang Zumal jual nie fokus kepada lego. Zumal jual apa yang Zumal suka sebenarnya. Boleh gitu? Lego pun bukan sekadar atur brick tu aje tapi kini ada pelbagai jenis lego. Kalau suka kepada permainan yang berkonsep keluarga, ada lego friend. Kalau ada yang minat pasal bandar-bandar dan kenderaan ada lego city. Banyak la. Tak tertulis kat sini. Bagi pengumpul watak superhero atau figura, lego keluaran khas pun ada seperti ironman, agents of shield, hulk, star wars, captain america dan pelbagai lagi. 

Pengumpul watak figura nie pula bukan la kanak-kanak tapi lebih kepada orang dewasa. Dewasa macam Zumal. Ye ke? Ye la sebab kecik-kecik dulu tak dapat main macam-macam jadi sekaranglah masanya bermain. Eh bukan main la. Kumpul aje. Buat koleksi. Sesiapa nak boleh hubungi Zumal yer. 

Perancangan seterusnya Zumal nak jual aksesori telefon bimbit pula kerana di plaza tempat Zumal berniaga nie tak ada kedai telefon bimbit. Dan disebabkan Zumal juga brand partner BestMobile jadi masa akan datang Zumal nak jual kadsim BestMobile di situ. Korang dah tahu pasal BestMobile? Belum lagi? Rugi tak ambil tahu ok. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. huu macam best saja kiosk ada lego ..sayang gila saya jauh, kalau pegi sana boleh singgah huu
    wish you the best in your business

    ReplyDelete
  3. Wahh....bestnya....semoga berjaya zumal...

    ReplyDelete
  4. semakin berkembang bisnisnya...semoga makin berjaya..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal..


    alhamdulilah.. usaha yang baik semoga berkekalan dgn jayanya..

    ReplyDelete
  6. wah...menarik..permulaan yg baik..dari mana Zumal dapat stok tu..semoga success tau in sha Allah

    ReplyDelete
  7. x pe permulaan tumpang kiosk kawan dulu dah stabil nanti baru lah ada kiosk sendiri dan tambah jenis barang jualan..yg penting ada kemahuan

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah Zumal.. semoga terus berjaya.. aamiin. All the best ye.. :)

    ReplyDelete
  9. gud luck zumal! selamat brbusiness!

    ReplyDelete
  10. All the best with the business Zumal. InshaAllah keyakinan & kesabaran akan membuahkan hasil. Lagipun, 9/10 daripada pendapatan adalah melalui perniagaan. May Allah ease the journey Zumal :)

    ReplyDelete
  11. everything starts from small
    good luck for your business

    ReplyDelete
  12. Wah! Dah mula bisnes.. Alhamdulillah.. Semoga sukses selalu Zumal.. Kalau sis nak ajak joint venture buat bisnes Shaklee nak tak? sempena YES PROGRAM yang baru dilancarkan baru2 ni dengan kerjasama Kementerian Belia & Sukan.. ^_^
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
  13. wahhh zumal meniaga fulltime dah ke ni? moga bertambah rezeki zumal :)

    ReplyDelete
  14. Masih part time lagi Ana...

    ReplyDelete
  15. hebat juga perancangan bro..tak sangka zumal seorang berminda bisnes..

    kalau nak dapat sales tinggi mesti rajin promote nie..guna apa sahaja..

    ReplyDelete
  16. Semoga pernigaan DZ makin maju..all the best ye :)

    ReplyDelete
  17. Assalam zumal,
    mula menega kecil2
    nanti insyaAllah ada rezeki lebih jadi besar AMIN :)
    chaiyok3 naaaaaaaaaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts