SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2015 BAKAL MENJELMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Masih ingat detik 8 Mac 2014? Bukan pasal MH370 tapi event yang paling hebat untuk para blogger iaitu Sepetang Bersama Blogger 2014 yang diadakan di Saloma Bistro di Jalan Ampang tu. Kalau korang nak tahu, Sepetang Bersama Blogger 2015 bakal menjelma tak lama lagi. Tahu tak? 

Pada Zumal, Sepetang Bersama Blogger atau singkatannya SBB ini adalah event blogger yang dianjurkan oleh Denaihati. SBB merupakan event yang Zumal tafsirkan sebagai event blogger berskala besar kerana ia dapat menghimpunkan para blogger seluruh Malaysia bahkan untuk Asia. SBB juga mampu memotivasikan blogger-blogger untuk terus aktif berblog terutama blogger baru kerana ia juga menyelitkan perkongsian ilmu oleh para otai blogger yang amat bermanfaat. 


Kali ini SBB bakal diadakan pada 13 Jun 2015 (Sabtu) di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya, Taman Cabaran, Presint 5, Putrajaya. Untuk pengetahuan korang kali ini SBB akan adakan aktiviti outdoor iaitu Treasure Hunt. Menarik kan!!! 

Tahun ini, sekali lagi Yeo's menjadi penaja utama untuk SBB. Kepada yang pernah pergi mesti terbayang akan hadiah macam tahun lepas. Tahun nie hadiah pun hebat juga. Nak dapat hadiah kenalah sertai.



Pada Zumal, hadiah tak penting tapi paling penting adalah aktiviti bersama rakan-rakan blogger yang lain. Di samping dapat berkenal-kenalan, kita dapat gak ilmu daripada para otai blogger dan juga dapat jumpa blogger glamour macam retis yer. Berikut adalah aturcara yang bakal diadakan semasa SBB nanti.


Macam mana? Nak join tak? Kepada yang nak join, jom daftar DI SINI.

Comments

  1. nampak menarik je. mcm nak join tpi rasanya takut tak kenal sape2 nnti kat sana. haha

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah, jumpa lagi kita kali ni ye Zumal.. :)

    ReplyDelete
  3. Mesti ramai yg join ni mcm thn lps..silap2 lg ramai ;)

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya! tapi segan nak p sana. sobs sobs. sume femes2. kita x femes pun

    ReplyDelete
  5. ALAAA kenapa dia buat masa 13 JUN? Saya kat sarawak uhuhu T^T

    ReplyDelete
  6. Teringin juga nak berkumpul macam ni. Tapi apakan daya, Sha jauh diperantauan.

    ReplyDelete
  7. Assalam zumal,
    waaaaaaaaaaaaa
    bestnya
    tapi sob3
    jauhlaaaaaa
    sob3

    ReplyDelete
  8. Ada baca di blog Bro KK...Zumal JOIN tak?

    ReplyDelete
  9. dpt jupe blogger2 otai kat situ..

    ReplyDelete
  10. 16hb kan... hurmmm.. xsure lg... rasa mcm nak pergi. tapi takut exam lak time tu...

    ReplyDelete
  11. nk gi... tapi takot xda geng

    ReplyDelete
  12. wah jauh tu dari tempat tinggal zumal
    ok i kenal organizer cum blogger tu juga
    tapi rasa malas nak join

    ReplyDelete
  13. Zizie : 13 tau bukan 16
    Tasha : kita pun geng gak. Hehe
    Emily : jauh juga tapi Zumal boleh balik rumah family lepas event...

    ReplyDelete
  14. MKL: nanti kita jumpa
    JM : Insha Allah Zumal join, lagi pun dah register.

    ReplyDelete
  15. dekat dgn tpt sis ni ... sdg timbang tara nak pergi ke idak ni ...

    ReplyDelete
  16. Bestnya kalau dapat join..jauh la pulak T_T

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts