Buffet Ramadhan di Vistana Hotel 2015 Bersama Blogger Utara


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru-baru ini Zumal telah menyertai kumpulan Blogger Utara seramai 24 orang. Kumpulan Blogger Utara dihubungkan dengan aplikasi WhatsApp. Admin Kumpulan Blogger Utara ini ialah blogger yang tidak asing lagi iaitu Arz Moha dan Siti (SYM). 

Ahad lalu 28 Jun 2015, Blogger Utara telah mengadakan first gatheringnya majlis Iftar di Vistana Hotel, Penang. Kebetulan pula Vistana Hotel ada diskaun untuk Buffet Ramadhan tahun ini. Tapi untuk first gathering ini, Zumal juga tidak dapat turut serta kerana ada komitmen keluarga. Majlis ini dihadiri oleh 7 orang ahli Blogger Utara bersama keluarga

Antara menu yang dinantikan oleh para sahabat Zumal ini adalah kambing golek. Bayangkan sebelum majlis kisah kambing menjadi viral. Semua keluar cerita pasal kambing. 

Jom kita lihat menu Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang.
Kambing yang diidam








Macam mana lepas korang tengok menu tu? Teringin tak? Apa tunggu lagi call Vistana untuk booking meja yer. Juadah tu sedap jadi kalau tak booking dulu confirm tak ada tempat nanti. (Zumal, awak kan tak pergi macam mana tau sedap?) Jawapannya rakan-rakan Blogger Utara semua tersenyum dan kekenyangan ok. Mari Zumal kongsikan telatah rakan-rakan ketika beriftar di Vistana Hotel Penang tu.





Bukan sekadar dihidang makanan tapi juga alunan muzik
Selepas makan, semua sempat bergambar kenangan di Vistana Hotel Penang.




Harga Buffet Ramadhan di Vistana Hotel Penang
Dewasa RM65
Kanak-kanak RM30
(4-12 tahun)

Comments

  1. meriahnyeeeeeee ...harga pun kira ok gak tu :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok kambing tu hehehe.. mcm mana nak join group blogger utara ni Zumal... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. WhatsApp Zumal di 0125747869 yer. Admin pun ada komen kat bawah nie :)

      Delete
  3. next time Zumal boleh join.. kami tunggu Zumal buat open house..
    bleh serbu naik perlis..

    ReplyDelete
  4. perghhh kambing 1st thorbaekkkk embekkkkk hahaha
    xdpt nk join uols..xde rezeki..next time insyallah

    ReplyDelete
  5. advancednya zumal.. kami yang pergi pun tak sempat nak up entri.. hehehe..

    ReplyDelete
  6. wahhh meriah juga makanannya dan memang seronok kalau dapat berkumpul begini...

    ReplyDelete
  7. wah jumpa geng blogger utara bagus ni mesti ada siti, diana, pha is kan..

    ReplyDelete
  8. Wahhh meriah jugak ni..ada arz moha pha is ct pon ada hehehe ..seronoknye leh jumpa..

    ReplyDelete
  9. xdpt join...insyallah nnt ada rezeki nak join

    ReplyDelete
  10. Meriahkan...sha xdpt nk joint juga..huhu..geram ngn kambing golek..

    ReplyDelete
  11. Wahh seronok.. alhamdulillah.. Semoga silaturrahim terus berkekalan dgn sepenuh keberkatan... aamiin.

    ReplyDelete
  12. Assalam zumal,
    Dah puas nengok gambor kambing??? he3
    beria2 weols tangkap gambor kambing (walopun bukan kambing golek) demi zumal tau3 :)

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  13. ingatkan Zumal join sekali...no wonder lah x de dalam pic tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts