#Cabaran20Hari Apa Erti Puasa Pada Zumal

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie Zumal akan menyahut #Cabaran20Hari Puasa /Raya anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah hari ini kita berpuasa 10 hari di bulan Ramadhan. 

Erti puasa dalam diri Zumal bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi pada Zumal Ramadhan yang datang untuk setahun hanya sebulan tak ubah bagai madrasah pengajian yang mengajak kita lebih dekat dengan Allah S.W.T.

Ini disebabkan Ramadhan menyahut kita untuk lebihkan beribadah kepadaNya. Terutama pada setiap malam kita berterawih. Sukar juga nak istiqamah untuk ke masjid setiap malam tapi itulah cabaran yang perlu kita tempuhi bagi menjadikan kita hambaNya yang terbaik. Walaupun tak dapat pergi ke masjid atas faktor kesihatan, Insha Allah Zumal akan lakukan jua di rumah.

Dalam bulan Ramadhan kita disarankan berjimat. Kurangkan berbelanja dan banyakkan bersedekah. Nafsu membeli-belah semasa Ramadhan nie agak tinggi terutama bila kita pergi ke bazaar Ramadhan. Kalau tak boleh kawal, sure kita akan berbelanja di luar kawalan. Tak boleh tamak. Nanti kita juga yang rugi. 

Alhamdulillah Ramadhan kali ini Zumal sedaya upaya berubah ke arah lebih baik. 

#Cabaran20Hari

Comments

  1. Setakat hari nie masih tak terjebak lg membeli juadah kat bazar ramadhan.. Farah lebih suka masak sendiri jer kat rumah zumal.. :) #bloggerutara

    ReplyDelete
  2. ooo..zumal join ye...
    akak tag zumal
    http://www.kisahsidairy.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

    ReplyDelete
  3. Done for day one ~~~ congrats....

    heee... #bloggerutara

    ReplyDelete
  4. WAH SUDAH SAHUT CABARAN YG PERTAMA NI,,TAHNIAH.

    ReplyDelete
  5. tak semua dapat menahan dari dahaga ketika di bazaar ramadhan.

    Berpuasa mengajar erti merasai kesusahan orang lain tapi bila berbuka makan seperti orang kaya. rasanya tak sampai juga erti puasa tu kan zumal. tahniah zumal #day1challenge

    ReplyDelete
  6. Wah alhamdulillah ..bulan ramadhan ni kena laa berjimat cermat..

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa Zumal.. insyallah boleh jadi lebih baik..
    cewah CT ni nak cakap orang lak.. diri sendiri tah mcm mana..

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah semoga kita dapat berubah menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  9. Assalam Zumal,
    moga Ramadhan kali ini kita semua menjadi lebih baek
    AMIN

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  10. Amin..insyaAllah, sama2 kita upgrade diri kita :)

    ReplyDelete
  11. selamat menyahut cabaran tu...menarik juga nak tahu ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts