#Cabaran20Hari PENGALAMAN SAHUR ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kini dah memasuki hari ke 11 Ramadhan. Juga hari kedua bagi #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah dapat menjadikan ianya istiqamah.

Dalam Ramadhan tahun ini ada pengalaman sahur yang tak akan Zumal lupakan. Sebelum nie Zumal pernah kongsikan di blog ini. Untuk sahur pertama hari tu Zumal kunci jam loceng pukul 3.45 pagi. Niat hati nak masak yang special sebab tu Zumal nak bangun awal. 

Memang setelah jam bunyi memang Zumal bangun tapi terlelap sambil duduk sampai termimpi dah sahur. Nasiblah Zumal tersedar, kalau tidak tak sahur la Zumal dan tok untuk puasa pertama tahun nie. Zumal tersedar pukul 5.00 lebih. Nyaris terbabas. Nasib la ada sardin. Panaskan yang tu aje la untuk sahur. Alhamdulillah sempat. 

Pada hari-hari seterusnya semua berjalan lancar. Syukur ke hadrat Ilahi.

#Cabaran20Hari

Comments

  1. Alahai terbabas jugak ya Zumal hehehe..Nasib la sempat kalau tak kesian la kat Tok ngan Zumal tak bersahur lapar laa jawapnyer..

    ReplyDelete
  2. biasalah tu zumal hari pertama sahur nk puasa mmg kalut sikit...

    ReplyDelete
  3. salam dar #bloggerutara zumal..chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  4. hehehe siap mimpi tu wakakaka.. bangun Zumal baaaaangun !!!
    sahur dulu..

    ReplyDelete
  5. nasib terbabas tu zumal..hihihihih

    ReplyDelete
  6. nasib sempat.. harini, kakak zizie call masa sahur.. dia suruh bersahur, padahal zizie dh sahur awal b4 tido. tapi, xagak2 dia ni. waktu azan perak ngan melaka mana sama. dah masuk waktu subuh dh pun. dia kt perak mana masuk lagi.. adoyai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak terlebih excited nak kejut Zizie yer...

      Delete
  7. hari pertama ramai yang terbabas.. yelah baru nak perbetul waktu bangun untuk sahur.. apapun nasib sempat kan bersahur walaupun dengan menu yang ringkas..

    ReplyDelete
  8. tu ok lg zumal...kalu bgn2 je dah azan? lg parah ;-)

    ReplyDelete
  9. Kelakar lah zumal nie.. Boleh tido sambil duduk.. Nampak sangat penatnya.. hehehe..

    ReplyDelete
  10. Assalam zumal,
    moga hari2 seterusnya berjalan lancar ya zumal

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  11. Kekadang Cik Mimie terlajak jugak..sebab tu org kata.kalau dah bgun jgn tido balik..konfem2 terlajak..hehehe

    ReplyDelete
  12. jam 3.45 tu awal sgt Zumal...kalau jam 5 tu dah cantik sgt...JM pun bangun jam 5...elok lambatkan waktu bersahur tu...terus solat subuh je nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zumal memang tak kisah lewatkan masa sahur,cuma kesian tok aje. Tok makan lambat, 30 minit tak cukup untuk dia sebab lepas makan kena rehat jap pastu makan ubat pulak. Hehe...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts