#Cabaran20Hari RESEPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS ZUMAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie dah pun masuk hari ke 12 kita puasa. Dan hari ketiga #Cabaran20Hari anjuran EFG dan KBBA. Alhamdulillah.

Zumal kalau dah tak rajin sangat masak, Zumal akan buat sardin ja untuk sahur. Tapi kalau terus panaskan yang dalam tin tu rasa tak selera pulak. Nak potong bawang dan cili semua tu tak pula rasa rajin. Jadi, untuk menyenangkan memasak menu sardin Zumal sediakan bahan berikut:
1) sardin tin
2) sambal belacan asli adabi
3) pes asam jawa
4) garam secukup rasa

Ada bahan2 nie kerja memasak sardin jadi lebih mudah dan jimat masa nak potong bawang dan cili atau nak perah air asam jawa. Mulanya kita panaskan minyak, masukkan satu sudu makan sambal belacan asli adabi. Tumis sekejap dan masukkan air. Kemudian masukkan sardin diikuti garam secukup rasa. Biar dua merenih baru masukkan pes asam jawa. Pes nie memang masam, jadi masukkan sikit je. Biarkan 2 minit dan sardin tu dah boleh hidang. Zumal selalu makan dengan telur masin. Itulah resepi ringkas dan segera. Tapi kalau menu sahur paling segera sudah pasti air masak dan kurma je.

#Cabaran20Hari

Comments

  1. air dengan kurma pun dah ok.. sardin pun sesekali makan best jugak..

    ReplyDelete
  2. teringat pula akan kerabu sardin...sedap tu.

    ReplyDelete
  3. selamat pagi dari syira lokman..hehee ^_^

    ReplyDelete
  4. Sardin masak sambal sesekali pun sedap jugak..

    ReplyDelete
  5. sardin klau mkn dgn nasi panas2 mmg sedap

    ReplyDelete
  6. yg pnting bersahur zumal drpd x mkn apa2 kan..

    ReplyDelete
  7. waktu sahur ai masak untuk anak2 tapi dorang jelah yang makan.. ai cuma minum air + kurma sambil teman dorang makan.. ;)

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala dapat sardin mmg best tp kn apakah rasanya sardin dicampurkan dgn pes sambal belacan...
    kalau Cikna bawang putih,bawang besar, cili kisar, air asam&sardin dh cukup...

    Untuk GA ni Cikna tag zumal ye http://cikna136.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html

    ReplyDelete
  9. ni blog ke-5 xde gmbr makanan...heheeee...

    ReplyDelete
  10. Yeah!!thanks zumal share resepi mudah nie.. Nak test lah cara zumal nie.. Sha selalu blend cili kering dengan bawang sume.. Pastu tumis je.. x yah dah nak potong2 bawang.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Assalam zumal,
    waa
    resipi baru niii
    masak sardin pakai sambal belacan
    he3
    boleh dicuba nanti :)

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  12. ikan kering or telur masin pun da sedap da..hehe

    ReplyDelete
  13. pandai dan rajin masak rupanya si Zumal ni....sardin masak camtu pun sedap gak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts