OBJEK PELIK DARI LANGIT

Keadaan jalan itu amat sunyi. Hanya kereta kami melalui jalan yang dikelilingi hutan di tepi-tepi jalan raya itu. Suasana ketika itu mungkin senja dengan cahaya mentari makin samar. 

Tiba-tiba datang objek dari langit yang agak besar. Melayang ke arah kami. Bukan kapal terbang kerana ia tiada sayap. Drone pun bukan sebab besar sangat. Objek itu terseret di atas jalan dan terpelanting ke dalam hutan. Mujur kami sempat mengelak. 

Kami belok masuk ke dalam hutan untuk mencari objek tadi. Laluan off-road amat mencabar. Sesekali pokok-pokok mencalarkan kenderaan kami. 

Tiba di lokasi, keadaan berasap. Kelihatan makhluk seakan kucing tapi mereka berpakaian. Ada dua ekor makhluk pelik tu. Alien kot. 

**************************************************

Tetiba makhluk itu bergaduh sesama sendiri dan membuat salah seekornya putus kepala tapi masih hidup. Keadaan itu membuatkan Zumal rasa takut. Zumal lari sekuat hati.

Masuk ke dalam bangunan, menaiki tangga ke tingkat agak tinggi. Seperti sekolah. Ya sekolah rendah Zumal. Zumal ambil sesuatu dengan tergesa-gesa kemudian lari keluar bangunan bagaikan ada yang mengejar. Keadaan masa tu dah gelap. Masa Zumal lari berselisih ramai pelajar di sekolah itu walaupun malam.

Tiba-tiba satu deringan lagu orang putih memecah sunyi. Rupanya dah pukul 4.00 pagi. Zumal bangun siapkan sahur. Semua cerita kat atas adalah mimpi Zumal tadi. Sebab tu tempat kejadian berubah dari hutan ke sekolah. Insan yang bersama Zumal dalam kenderaan itu adalah arwah tok wan. Wassalam.

Comments

  1. hahaha ... dah beso panjang pun mimpi camni. ni dulu, time sekolah selalu mimpi camni, dari satu tempat tiba2 ke satu tempat lain, pastu penat berlari2 :)

    ReplyDelete
  2. maksudnya perlu sedekah al-fatihah dan doa kepada arwah.

    ReplyDelete
  3. MIMPI MCM DRAMA KAN...MCM ZUMAL SDG INGAT ZAMAN KECIL YG GMBIRA BERSAMA TOKWAN...ALFATIHAH.

    ReplyDelete
  4. drama betol mimpi zumal ni...

    ReplyDelete
  5. ada maksud tu ... sedekah al fatihah dan buatkan sedekah bagi pihak dia ...

    ReplyDelete
  6. seram pula baca tp itu hanya mainan tidur. al fatihah buat arwah tok wan

    ReplyDelete
  7. ahakss...dah agak ni mesti mimpi

    ReplyDelete
  8. Agak dah mesti mimpi ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. Kalau mimpi triller mcm ni pasti akan terbawa2 dan teringat2 hingga ke siang hari...

    ReplyDelete
  10. Suspen betul mimpinya. Siap ada alien lagi

    ReplyDelete
  11. hahaha mimpipun cerita
    bagi saya kalau wake up dari tidur
    biasanya i sudah lupa sebahagian story
    MY-Emily

    ReplyDelete
  12. hahaha, ingatkan Zumal buat cerita misteri untuk dikomenkan, rupanya mimpi... hihi Selamat berpuasa dan bersahur!

    ReplyDelete
  13. nasib baca dari bawah dulu . mimpi rupanya . huhuu . al-fatihah buat arwah tok wan zumal

    ReplyDelete
  14. Assalam zumal,
    tido tak basoh kaki la tu he3 :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts