SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada tanggal 13 Jun 2015 yang lalu telah berlangsung event yang dinanti-nanti oleh blogger di Malaysia iaitu Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015. Event ini telah diadakan di Kompleks Aktiviti Sukan Lasak, Taman Cabaran, Persint 5 Putrajaya. (Abam teksi kata persint 20 k) 

SBB 2015 kali nie berkonsep outdoor. Ini yang membuatkan Zumal teruja untuk pergi. Zumal bertolak dari Perlis jam 8.45 malam 12 Jun 2015 dengan bas Plusliner. Zumal sampai di Putrajaya Sentral kira-kira jam 5.00 pagi. Eksited. Bersiap. Mandi dan solat di stesen bas tu. Pakai pakaian sukan ikut tema. Pukul 7.30 Zumal bas yang disyorkan oleh orang kat kaunter bas. Dalam perjalanan, driver cakap dia tak lalu jalan tu. Kemudian dia hantar Zumal di stesen lain. Zumal ambil bas lain pula yang disyorkan driver tersebut. Orang tak ramai pun dalam bas. Orang asing je yang ada. Jam ketika tu dah 9.00 pagi. Dalam hati bila la nak sampai??? Lewat dah. Driver tu turunkan Zumal berdekatan PICC, dia tunjuk arah ke satu laluan ke tepi tasik. Turun bas, terkejar-kejar pergi. Tiba kat situ, rupanya bukan tempat yang dicari. Paling pelik, tak ada sorang pun yang tahu kat mana Taman Cabaran. Kenapa camtu? Pelik bin ajaib. Semangat dah hilang. Dah dekat tengah hari. Kedai nak topip pun tak kelihatan. Data dah habis. Jalan pun tak jumpa juga.

Kemudian Zumal beralih berjalan di tepi jalan raya. Mungkin ada yang dapat bantu. Kaki dah krem gila. Nak balik pun ada. Ayah nak datang pukul 5.00. Lambat lagi. Tetiba jumpa signboard dekat dengan restoran ikan bakar. 10.30 pagi dah. Zumal jalan sampai hujung jalan sampai dah hilang signboard dari pandangan mata. Jumpa beberapa orang kat situ. Semua tak tau. Orang Malaysia tak tau, Bangladesh pun tak tau tunjuk arah. Last jumpa satu jambatan kat situ agak lengang. Ada signboard persint 20. Hujung jalan agaknya. Tangkap sorang Bangladesh, tanya soalan. Dia cakap sana tempat kapan mati orang punya. Zumal dah putus asa. Zumal patah balik jalan ke kediaman persint 5 nak tahan bas atau teksi ke Sentral semula. Lapar tak makan lagi. Air pun dah tak cukup wang kertas RM1 nak bagi kat vending mesin tu. 

Pukul 11.20 dapat bas. Kembali ke Sentral. Mula cari kedai serbaneka yang subuh tadi tutup. Akhirnya jumpa. Dapat topup. Cari makan. Makan macam setahun tak makan. Sakit kaki dan hati. 

Zumal masih tak puas hati, tunggu teksi pula. Tahan 1 dia tak tau jalan. Tunggu lagi. Akhirnya jumpa orang yang tahu. Dia kata ini persint 20 bukannya 5. Zumal dengar je la. Letih sangat. Dia bawa terus ke lokasi SBB2015. Sampai juga akhirnya. Orang lain dah habis treasure hunt. Zumal treasure hunt sorang-sorang tadi. Malu nak tonjol muka. Lagi pun dah berpeluh sangat. Nak cari yang kenal dorang tak kenal Zumal pun. Cari no kawan2 tak ada. Hehe phone baru, nombor tak ada dalam phone. Teringat fb bro Khir Khalid, mesej dalam fb je sebab tak tau nak buat apa. Malu kot. Orang dah settle program kita baru sampai. Pastu jumpa dengan bro Khir Khalid dan borak2. Zumal tanya camna nak daftar diri. Ye la yuran pendaftaran dah bayar dah. Tapi macam dah tak boleh jer. Zumal dah rasa tak selesa. Krem dah kaki. Lepas ok sikit Zumal pergi mandi dan tukar pakaian. Pukul 2.00 ada sesi sharing. 

Masa sesi sharing tu Zumal duduk dekat bro Khir Khalid jadi kami pun selfie sama. Tahun lepas teringin nak selfie tapi tak sempat. Maklum la Zumal merantau dengan pengangkutan awam nie terkejar-kejar masa. 

Semasa sesi sharing

Selfie dengan bro Khir Khalid
Dalam sesi sharing tu dapat juga la ilmu bermanfaat untuk diadaptasikan dalam blog. Zumal rasa tahun lepas tak malu sangat. Tahun nie lebih malu maybe pasal lambat kot. Apa-apa je la.

Semasa program nie team Denaihati telah melancarkan Jam Tawaf Magnetic. Teruja tengok jam tawaf tu. Kalau bawak banyak fulus boleh grab satu. Masa program SBB2015 ada diskaun 10 %. Tapi apakan daya tak ada rezeki.

Pelancaran Jam Tawaf Magnetic Denaihati
Apa pun Zumal bersyukur sebab selamat sampai ke program Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2015 walaupun sekadar sebahagian. Lain kali untuk sertai apa-apa event Zumal kena bersedia lebih awal maybe sehari sebelum kena survey lokasi. Maklum la bukan di tempat sendiri. 

#pergi lambat, balik lenggang kangkung jer, nak tanya team Denaihati, tshirt lebih tak ade ke? Nak buat kenang-kenangan.

Comments

  1. ohh..ni ke sambungan entri malu bertanya sesat jalan tu

    ReplyDelete
  2. Zumal kan tahu JM di mana..pesal x hello je jika tak boleh tlg hantarkan

    ReplyDelete
  3. Presint 20 tu tanah PERKUBURAN hihihi

    ReplyDelete
  4. ye lah..event macam ni perlu datang awal sehari sbb Zumal jauh..no wonder la Selfie ngna Bro KK..tapi muka cam x de mood je

    ReplyDelete
  5. mmg frust lah kah...datang dari jauh pastu sesat lagi then bila sampai event dh nak habis...bayar yuran tapi balik tangan kosong..sabar ye zumal...next time datang awal sehari

    ReplyDelete
  6. next time , sbm pergi dptkan duluno fone mana2 blogger / urusetia program ... x pe lah . dah nak jadi .

    ReplyDelete
  7. Saya dapat rasa bagaimana tensionnya bila cari tempat tak jumpa.. aduiii..
    mujur jumpa juga tempat akhirnya walaupun terlambat.. sabarlah Zumal, nak buat mcm mana dah nak jadi lagu tu hhmm..

    ReplyDelete
  8. xpa zumal lain kali tentu xsesat lagi.

    ReplyDelete
  9. salam singgah sini zumal....kesian zumal tersesat pula...tpi tak pa kn yang penting zumal selamat sampai juga....hihi

    ReplyDelete
  10. presint 20 tu kubur ;) ... jauh tu datang. yg penting enjoy kan :)

    ReplyDelete
  11. Assalam zumal,
    laaaaaaaaaaaa
    sian uols
    tapi takpa3 pengalaman :)
    sonok dapat join yer

    ReplyDelete
  12. Pengalaman baru buat DZ :) Sabar ye..myb next time boleh manage masa dgn baik :)

    ReplyDelete
  13. kesiannya.. huhuhu sib baik akhirnya jumpa jgk kan.. hehehe salam ramadan zumal

    ReplyDelete
  14. Takper zumal, belajar dari kesilapan....lain kali datsng awal sehari, survey tempat dulu...

    Spa pun asslkan sempat jugak ssmpai kelokasi walaipun lambat...

    ReplyDelete
  15. kalau tak sesat mana ada cerita best macam nie..oh kasihan bro Zumal..

    anyway..datang petang pun memang tepat dengan konsepnya..sepetang bersama blogger..pagi tu treasure hunt sorang-sorang..alahai..!

    ReplyDelete
  16. tak pernah dgr pun taman cabaram tp xdinafikan putrajaya byk taman kena tau di presint mana saja. apa pun zumal tak putus asa. nampak best :)

    ReplyDelete
  17. Amboi! bertabahnya dia. Semangat yang patut Mrs. A contohi.
    Anyway pengalaman sebegitu mahal harganya.

    ReplyDelete
  18. XPe zumal, dah lepas dah pun. Pergi dapat jumpa blogger2 lain jugak. hihi :)

    ReplyDelete
  19. dapat sekejap pon ok la ye . hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts