BERKAT HADIRNYA SYAWAL

Assalamualaikum dan Salam Syawal dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie kita semua meraikan Syawal yang dinanti. Mestinya hari dinanti ini diraikan bersama sanak saudara dan rakan taulan.

Semalam keperitan kesakitan kaki Zumal cukup terasa dan pagi tadi pun ada sedikit lagi. Menjelang tengah hari bagai ada sesuatu magical yang buat Zumal rasa lebih sihat. Zumal mampu berjalan tanpa bantuan tongkat. Syukur Alhamdulillah... #syukurselalu

Sekitar 10.00 pagi rumah Zumal mula dihadiri sanak saudara bermula dengan Pak Lang sekeluarga, hampir tengah hari keluarga Pak Long pula sampai selepas beberapa minit mereka pulang keluarga Pak Andak pula datang. Alhamdulillah dapat berjumpa sanak saudara. Tapi maaf la tak sempat bergambar. Segan sebenarnya.

Apa yang menggembirakan, Zumal mampu melangkah naik moto pergi Solat Jumaat tadi. Alhamdulillah... Tok pula pagi tadi agak penat, bukan penat buat kerja tapi penat keluar masuk bilik. Tok bukan boleh jalan sangat. Tapi sekarang nampak muka tok dah happy. Macam mana cerita raya korang?

#layan gambar model jubah yer






Comments

  1. amboi, segaknya zumal berjubah! nnti pi la cek kaki tu..nnti mkin teruk pulak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, nanti lepas raya Zumal pergi check...

      Delete
  2. Alhamdulillah..seronok dgr Zumal makin sihat.. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk Zumal..

    ReplyDelete
  3. Assalam zumal,
    amboi3
    sakan yer model jubah berposim :P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts