BIKIN PANAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baca facebook pagi nie ada juga komen yang membuatkan kesabaran Zumal hampir pupus. Tapi puasa kita kena sabar. Bukan panas pasal kes Low Yat yer.

Untuk ahli keluarga Zumal yang dikasihi, ini adalah surat terbuka buat anda semua. 

Ahli keluarga yang dikasihi, untuk menjawab persoalan pertama puasa dan kurus. Menjadi stalker tidak salah tapi cubalah ahli keluarga yang dikasihi baca iklan yang jom kurus tu tarikhnya bila. Seingat Zumal puasa belum bermula. Jadi kalau nak komen bab tu sila tengok tarikh yer.

Ahli keluarga yang dikasihi, sebab tak balik Johor bukan sebab nak buang keluarga. Dua tahun sudah Zumal dah menjawab persoalan ini secara private jadi rasanya tahun nie biar semua boleh baca kembali alasan Zumal kerana entri ini Zumal saja boleh padam. Kalau private message nanti ahli keluarga yang dikasihi padam dan timbulkan semula persoalan ini tahun depan.

Ok ini jawapannya, Zumal nak juga jadi orang lain bebas ke sana ke sini tapi tak mampu. Pertama Zumal jaga tok yang kurang sihat. Kat rumah kami berdua saja. Kalau Zumal pergi siapa nak jaga? Untuk kefahaman anda, tok tak ada anak sejak kahwin dengan arwah tok wan dulu. Tok tak mampu mengurus diri sendiri. Kalau nak tahu semasa kenduri adik Zumal dahulu kami gagahkan bawa tok ke Klang bersama Pak Lang dan Mak Lang dari Perlis. Zumal tak ada kereta sendiri tau. Tahu tak betapa seksanya tok di dalam kereta, dia tak boleh duduk macam awak semua dalam masa yang lama. Bergerak sikit dah penat. Bila penat kena ambil masa yang panjang untuk rehat. Masa tu kami bermalam di Shah Alam, tok dah macam tak sedar diri sangat. Tidur dari hari tu sampai ke esoknya. Nak ke bilik air pun tak mampu, hanya diberi pakai pampers dewasa. Sebab tu kami lewat ke majlis. Terpaksa. Dan kalau nak tahu sampai di rumah hampir 2 minggu tok tak dapat bangin kerana kesan sakit perjalanan jauh tersebut. Izinkan Zumal guna semula ayat Mak Andak, fikir2 kn.

Ahli keluarga yang dikasihi, Zumal bukan nak biadap pada ahli keluarga. Tapi di sini Zumal memberi saranan untuk semua. Dulu pun Zumal dah beri cadangan maybe semua dah padam. Kali nie baca dekat blog Zumal yer. Zumal tak padam. Ahli keluarga yang dikasihi, anda semua ada kenderaan yang menjalar bukan? Apa salahnya kalau anda yang melawat kami di Perlis jika alasan anda Zumal tak kenal saudara-mara jika tak balik Johor. Hari raya yang menjelang tiba bukan hari untuk bermasam muka dan bermusuhan tapi hari raya untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Anda yang berkeupayaan dan berkemampuan perlu la bertimbang rasa pada Zumal yang kurang mampu ini. 

Sekian, surat terbuka daripada Zumal untuk ahli keluarga yang dikasihi. Moga minda anda lebih terbuka. Insha Allah.

Comments

  1. Hmm sabar jela DZ tak semua orang boleh faham kita :) Ni ujian bulan puasa

    ReplyDelete
  2. sabarlah zumal. kadang orang ni tau tengok dari luaran je. bagus jugak zumal bagitau terang2 sekurangnya dapat elak salah faham. xpe kita buat baik ni memang banyak dugaanya. tabahkan hati :)

    ReplyDelete
  3. sabar ya zumal.. apa salahnya mereka yg ada kereta turun beraya di perlis pula. yelah jauh dr selatan ke utara. semoga Allah balas jasa zumal menjaga tok :)

    ReplyDelete
  4. Ohh... Ni lah sebabnya marah tu.. Tak pa lah zumal.. Dia lebih mengetahui.. Kita dah bagitauu.. Segalanya jat depa...

    ReplyDelete
  5. Sabarlah zumal...kadang manusia ni faham..tapi buat apa tak faham..tak tahu situasi dan masalah kita...

    ReplyDelete
  6. saya baca pon mcm bengang jugak. huhu
    takpe zumal, sabar je la kan.

    ReplyDelete
  7. ooo ni something yg zumal nk Marah ya sabarvya zumal...

    ReplyDelete
  8. Semoga Zumal sentiasa sabar dan kuat semangat..
    #sokongsepenuhnya #berbaktiselagimasihada

    ReplyDelete
  9. moga Zumal tabah...byk2kn bsabar...
    org kdg ckp x pk...main ikut sedap mulut ja...

    ReplyDelete
  10. Sabar ye DZ..biasalah ... kekadang dorg hnya nmpak je...tak rasa apa yg kita rasa..semoga kesihatan tok baik2 aje..

    ReplyDelete
  11. hurmm...sedih dan simpati dgn situasi Zumal ni...ada saudara yg tak memahami...dh tahu Zumal tu stay dgn Tok yg x sihat..pesal plak Zumal yg perlu ke Johor..ish is..ish....cetek pikiran tul org iteww...apa salah nya thn no dorang datang ziarah tok tu...sabar ye Zumal..jaga org tua ni besar pahalanya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts