#Cabaran20Hari AKTIVITI ZUMAL DI PAGI RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie sampai entri ke 16 dalam #Cabaran20Hari. Ini bermakna tinggal 4 lagi cabaran yang tinggal. Paling penting tinggal 4 hari lagi nak raya.

Cerita bab hari raya, hari ini Zumal nak cerita tentang aktiviti Zumal di pagi raya. Walaupun dah raya, Zumal bangun awal macam nak sahur. Tapi takla awal sangat, dalam 5.00 pagi. Pagi tu Zumal akan panaskan rendang, rebus ketupat, masak lauk dan nasi tomato.

Zumal akan mandi dulu daripada tok, setelah siap memasak kami akan mohon ampun maaf satu sama lain. Dalam pukul 7.40 pagi Zumal akan pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya. Kena pergi awal sebab solat hari raya nie la masa solat yang paling ramai jemaah yang datang. Zumal akan pilih dua masjid iaitu, Masjid Tuanku Syed Putra dan Masjid Tun Abdul Razak.

Selesai solat hari raya, Zumal akan terus ke tanah perkuburan Tok Paduka untuk ziarah pusara arwah tok wan. Zumal selalu baca Yassin dan sedekah Al Fatihah buat tok wan di pagi raya.

Selepas selesai Zumal akan pulang ke rumah dan hidang makanan untuk tok dan para tetamu yang hadir. Selalu masa raya Zumal akan terperap kat dapur je, siap sedia untuk hidangkan makanan buat tetamu. Itulah aktiviti pagi Zumal. Apa pun selamat hari raya semua...

Comments

  1. pagi raya memang sibuk sangat kan zumal semua nk kena dibuat...selamat hari raya zumal n tok maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  2. Wah nasi tomato . rajinnya DZ. Selamat hari raya jugak

    ReplyDelete
  3. mesti ramai yang datang kan. jenuh baju tak kering duduk dekat dapur je hihihihi

    ReplyDelete
  4. tak lama lg nk raya.. tak sabar nk makan rendang

    ReplyDelete
  5. Bangun awal semata nak masak nasi tomato... Wahhh ~~~

    ReplyDelete
  6. ramai Tertamu yang datangbke sibuk didqpur

    ReplyDelete
  7. Rajinya masak nasi tomato..nie kalaulah diberi peluang bersua muka dgn zumal agak2 dpt x merasa nasi tomato zumal??hehe..

    ReplyDelete
  8. klau ada org tua2 kt umah msti rmai yg dtg ziarah.x mng tgn zumal kt dapur ye

    ReplyDelete
  9. Wah, pagi raya ada nasi tomato..sedapnya :)

    ReplyDelete
  10. ahaa....nk pegi beraya di rumah Zumal boleh? hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts