#Cabaran20Hari MENU WAJIB PAGI RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nie merupakan entri ke 17 #Cabaran20Hari. Bermakna tinggal 3 entri lagi untuk menamatkan cabaran dan 3 hari juga untuk meraikan kemenangan yang di nanti iaitu Aidilfitri. Alhamdulillah, syukur kepadaMu.
Kali nie topik Zumal perlu siapkan adalah menu wajib pagi raya. Dalam keluarga Zumal, hari raya pertama tu la pelbagai juadah menarik disajikan. Dulu semasa arwah tok wan ada, tok pun masih sihat, menu utama pagi raya tok buat adalah nasi tomato, ayam masak merah dan jelatah. Sedap sehingga menjilat pinggan tau. Tapi sejak 5 tahun lalu, semua dah berubah kerana chef di dapur dah bertukar. Bukan jadi ultraman atau power rangers yer tapi tukar orang. Dulu tok, sekarang dapur tu Zumal yang punya.
Zumal tak pandai sangat masak. Selain tu Zumal masak ikut bajet yang ada je. Nasi tomato tu ada tapi powernya kurang. Chef baru 5 tahun pengalaman. Begitu juga lauknya tetap ayam masak merah. Cuma jelatah je Zumal tak buat. Selain tu menu wajib dedulu ialah ketupat palas dan rendang. Sekarang Zumal ubah jadi nasi impit dan kuah kacang. Drastik juga perubahan nie pada mulanya pada tetamu yang terdiri dari sanak saudara. Baru dorang tahu chef yang dulu bukan yang sekarang. Macam lagu pulak...
![]() |
Pinjam dari nasilemaklover.blogspot.com |
Oklah, itulah menu wajib dahulu dan sekarang di pagi raya dalam keluarga Zumal.
rendang boleh je belajar masak zumal . search je kat google . tapi ketupat palas tu , susah sikit kot nak agak barapa byk beras pulut nak letak dalam tu ...
ReplyDeletesedap betul makan nasi tomato di pagi raya.
ReplyDeletekira terer la zumal masak...bravo
ReplyDeletesaya pandai masak megi je. huuhuhuhu
ReplyDeletebener mas itu menu andalan saat hari raya :)
ReplyDeleteKira Zumal lg dasyat dari Sha la.. Sha pun x pandai masak nasi tomato.. hehehe.. Ayam masak merah tu ok lah..
ReplyDeletepandai memasak rupanya Zumal nih
ReplyDelete