#Cabaran20Hari NOSTALGIA KAD RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini dah memasuki hari ke 18 #Cabaran20Hari. Tinggal lagi dua cabaran yang perlu Zumal selesaikan. Dan bermakna dua hari lagi kita akan berhari raya.

Hari nie topik yang bakal Zumal ceritakan adalah tentang nostalgia kad raya. Dalam tahun 90an dulu budaya berutus kad raya masih popular. Sejak awal Ramadhan memang ternanti-nanti kunjungan kad raya dari rakan-rakan dan sanak saudara. Bila dapat kad raya tu mesti Zumal tersenyum riang. Kad raya tu juga akan dijadikan hiasan dinding menjelang raya.

Dulu di Kangar, setiap awal Ramadhan akan ada gerai-gerai jualan kad raya berselang-seli dengan jualan juadah berbuka, kuih raya dan bunga api. Arwah tok wan akan bawa Zumal ke Kangar untuk pergi membeli kad raya. Tok wan juga suruh Zumal carikan kad-kad raya bersesuaian untuk dikirim kepada rakan-rakannya juga.

Kini budaya ini semakin luput ditenggelami arus kemodenan. Zaman millennium diwujudkan pula kad raya digital. Kad digital boleh didownload percuma atau dibeli secara dalam talian dan memerlukan pengirim mengirimnya melalui email. Tapi setelah media sosial dan gadget makin canggih, budaya tersebut juga turut menghilang.

Sejak Zumal kenal dunia blog, rakan-rakan blogger mula mengembalikan nostalgia kad raya ini dengan mengadakan segmen dan giveaway berkaitan. Zumal sendiri pernah buat segmen berkaitan pada tahun lepas. Tahun nie? Tak ada segmen tapi Zumal kirimkan pada top komentar blog Zumal. Siapa dapat sila angkat tangan...

Comments

  1. rindu zaman sekolah..sebelum cuti sekolah,,kita orang mesti tukar tukar kad raya..

    ReplyDelete
  2. skg nk jumpa jual kad raya pun susah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, nak cari kedai jual kad raya pun susah ^-^

      Delete
  3. DPT KAD RAYA DRPD ZUMAL GEMBIRA AMAT...TQ.

    ReplyDelete
  4. yeay dah terima kad raya daripada Zumal..

    ReplyDelete
  5. zaman dah maju skrg nie mmg xde nk dpt kad raya dah..hahahaha..
    lama xsinggah sini rasenye..hehe..

    btw selamat hari raya in advance!

    ReplyDelete
  6. selama 21 tahun hidup kat muka bumi ni, tak pernah sekalipun dapat kad raya. kah!

    ReplyDelete
  7. huhu yeh dpt gak.. thanks.. tp skg dah xjd top komentar kot.. ponn dpt gak ekk.. alhamdulilah.. xD
    sory xdpt balas alik.. bz sgt.. huu

    ReplyDelete
  8. rindu zaman sekolah dulu
    kalau kat kelas masing2 saling bertukar kad raya

    ReplyDelete
  9. Zaman sekolah memang paling best... banyak dapat kad raya...
    Seiring waktu berlalu kad raya pun makin dilupakan...
    Semoga kad raya x pupus terus.. Marilah kita mengekalkan tradisi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts