HAK UNTUK BERMAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar yer? Alhamdulillah Zumal pun sihat. Raya dah dekat pasti ada yang dah bercuti kan? Nak balik kampung ke? Hati-hati di jalan raya. Mengantuk berhenti di tempat disediakan. Tak sanggup jalan jauh naik jer pengangkutan awam, bas ada, ets pun ada. Beza tak jauh tambang train dan bas. Naik kenderaan sendiri kalau sorang tak berbaloi rasanya. Kalau ingat nak shopping dekat kampung maybe berbaloi naik kenderaan sendiri.

Hak untuk bermain? Ya, kanak-kanak ada hak untuk bermain tapi para ibu bapa perlu peka terhadap permainan yang baik untuk anak anda supaya tak ada kemudaratan di kemudian hari. Teringat dedulu bila tok wan bawak pergi pekan, Zumal akan merenget kalau nampak mainan yang berkenan di hati. Siap berguling lagi. Tok wan beli juga akhirnya. Betapa sayangnya dia pada cucu yang dijaganya. Bukan tok wan tak nak beli tapi dah tahu sangat cucu dia suka rosakkan mainan. Seminggu pun tak sampai, dah rosak mainan tu. Bermakna tok wan bukan menafikan hak untuk bermain. Sebab selalu kalau tok wan balik dari pekan mesti ada beli sesuatu untuk Zumal. Itu maknanya dia tak nafikan hak Zumal untuk bermain.
Poli Helly Playset
Robocar Poli

City Hospital Playset
Robocar Poli 

Mercun. Mainan ke? Kalau bahaya buat apa nak main. Kita sendiri dah pernah tengok mangsa-mangsa yang main mercun tu. Azab kan? Kekadang maut menanti. 

Dulu ada masuk segmen yang dianjurkan blogger otai Ben Ashaari. Ada antara entri tu Zumal cerita pasal backup masa depan. Dulu katanya Zumal nak berniaga barang runcit macam kat kedai serbaneka tapi bila sekarang memang Zumal dah terjun dalam dunia perniagaan, Zumal berniaga mainan pula. Main lagi...

Zumal diberi peluang untuk berniaga dalam skop permainan oleh rakan seperjuangan. Alhamdulillah mula menampakkan hasil. Dulu Zumal ingatkan kalau jual mainan ibu bapa yang lalu depan kiosk mesti buat muka garang bila anak merenget nak beli. Macam perangai Zumal dedulu la kiranya. Memang ada yang Zumal jumpa macam tu tapi tak ramai. Kalau korang nak tahu ada ibu bapa yang datang mencari mainan tu untuk anak-anak dan tak kurang juga bila dorang lintas depan kiosk teringat anak di rumah dan terus beli sebagai buah tangan untuk anak. Tak sangka begitu.

Sekarang bila dah ada pelanggan tetap, Zumal rasa mungkin ada peluang Zumal kembangkan bisnes permainan nie. Dan kini bercita-cita untuk melangkah ke segmen borong. Nak jadi pemborong mainan. Boleh ke? Ada rezeki Zumal akan cuba.  

Sekarang musim kanak-kanak main lego dan robocar poli rasanya. Sebab ia antara mainan yang laris Zumal jual dan sentiasa perlu direstock. Alhamdulillah peluang ada di mana-mana.

Comments

  1. Replies
    1. Kiosk je Nur, di Pasaraya Hafifah Kangar...

      Delete
  2. kalau nampak ada peluang baik dlm bisnis tu teruskan saja...semoga berjaya.

    ReplyDelete
  3. Biarlah anak anak nikmati zamannya..kerana itu akan berlalu jadi memorikan..sekurang kurangnya boleh dijadikan tanda ingatan anak cucu..

    ReplyDelete
  4. hak bermain hak kami..!!! (iklan milo) hehehe..

    ReplyDelete
  5. Semoga bisnes zumal semakin berembang selepas ni..

    ReplyDelete
  6. Comel2 semua mainannya. Hehe. Alamak ade ternampak patung baymax laa. Comelnya T__T semoga bisnes bertambah maju!

    ReplyDelete
  7. kalau jual perfume, agak2 ada prospek tak? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aswadz, kedai depan kiosk Zumal dah jual perfume...

      Delete
  8. semoga bisnes sukses selalu...

    ReplyDelete
  9. wah.murah rezeki zumal.jual online jugak la zumal boleh kite order ngn zumal je mainan untuk Thaqif.

    ReplyDelete
  10. aah dah jadi mak budak ni bila kemana mesti teringat anak. tambah kalau nampak karakter yang anak suka. macam uwais. dia suka doraemon. kalau nmpk doraemon mesti nak sambar hihihihi

    ReplyDelete
  11. semoga murah rezeki zumal.. nina takda anak lg nk beli mainan. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah? Anak jiran? Anak kawan.. Haaaa....

      Delete
    2. Semoga segalanya dipermudahkan..

      Delete
    3. Anak Zumal ada 12, tapi depa tak tau main mainan nie. Haha ^-^

      Delete
  12. semoga murah rezeki zumal ekin nk berniaga online tapinxtaw Cara mcm ner

    ReplyDelete
  13. InsyaAllah..Moga Allah permudahkan segala perancangan Zumal..Sha pun mcm tu gak, walaupun tau anak akan rosakkan permainan tu tapi tetap belikan juga anak mainan..hehe..

    ReplyDelete
  14. hihih...btl la...lani zaman mak pak p mn ja teringat kt anak trus beli mainan tp Aqil xdak lg karekter kartun yg dia suka.yg dia ada lani patung penguin je la...hihihi...hat lelain keta motor lori bas...hihihi

    ReplyDelete
  15. Robocar Poli..anak buah suka tgk cerita kartun ni..heehe..

    ReplyDelete
  16. in shaa Allah you can do it..semoga terus success

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts