JOM KE PADANG BESAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari tu ingat lagi tak Zumal ada buat entri tentang Padang Besar DI SINI. Disebabkan ada cadangan untuk review lebih detail tentang Padang Besar oleh seorang blogger bernama Emily Tang, hari nie Zumal cuba untuk sahut cabaran tu. ( jangan lupa terjah blog rakan blogger Zumal yer )

PADANG BESAR 

Padang Besar merupakan bandar sempadan antara Perlis dan Thailand. Ianya terletak kira-kira 35km dari bandar Kangar. Padang Besar adalah syurga membeli-belah di utara. Antara barangan yang korang boleh dapati di Padang Besar ialah pakaian, barangan dapur, buah-buahan, beg, permainan, jam dan aksesori wanita. Selain tu, korang juga boleh mencari produk penjagaan diri keluaran Thailand seperti sabun beras, sabun susu kambing dan produk-produk dari Vietnam. Bagi yang suka kekacang dan jeruk pun ada.

Tahun 2015 nie memang cukup mudah untuk datang ke Padang Besar kerana mulai 10 Julai 2015, perkhidmatan train ETS telah menghubungkan Kuala Lumpur dan Padang Besar. Selain tu korang boleh memilih perkhidmatan My Bas atau pun teksi jika korang berhajat datang dari Kangar dengan pengangkutan awam.

Stesen Padang Besar

Jadual dan Tambang ETS ke Padang Besar

Stesen Padang Besar

Kalau dari Butterworth ke Padang Besar, korang naik 7.30 pagi di Butterworth dan sampai di Padang Besar kira-kira jam 9.15 pagi. Manakala kalau korang dari Kuala Lumpur nak ke Padang Besar, korang kena ambil train jam 9.30 pagi dan dijangka tiba di Padang Besar pada jam 3.00 petang.

Pada hari biasa korang dinasihatkan untuk ke Padang Besar waktu tengah hari kerana kebanyakan peniaga hanya buka perniagaan mereka selepas jam 11.00 pagi. Berbanding pada hujung minggu dan cuti sekolah, ada peniaga yang memulakan perniagaan dari jam 9.00 pagi. Tapi lebih afdal korang datang jam 10.00 pagi.

Arked Niaga Padang Besar


Pasar Padang Besar

Lot Kedai yang terdapat di Padang Besar 

Bagi mereka yang nak shopping pakaian, mainan, aksesori, jam boleh la ke Arked Padang Besar. Korang boleh tawar menawar di sini. Jangan malu yer. Korang boleh dapatkan harga yang murah berbanding di bandar. Jika nak menjamu selera pula korang boleh ke Pasar Padang Besar, ianya hanya bersebelahan dengan Arked Niaga. Di sini korang menikmati air anggur Perlis, Coconut Shake serta makanan ala Thai.

Drone RC pun ada jual di Padang Besar Besar

Sekarang nie dah ada macam-macam produk di Padang Besar, cctv pun ada jual. Kalau korang nak baju I AM, boleh tempah siap segera kat sini. Nak cop nama atas jersi pun boleh.
Booking.com

Bagi korang yang nak menginap di Perlis kat Padang Besar nie tak banyak penginapan hanya Teratai Putih Resort yang berdekatan stesen keretapi dan homestay sahaja, untuk lebih banyak pilihan korang perlu ambil kenderaan menuju ke arah Kangar. Dalam km 17 dari Padang Besar korang akan jumpa Empangan Timah Tasoh, di sana ada chalet dan motel yang selesa. Antaranya Tok Mek Motel & Restaurant, Terinai Lakeview Resort dan Tasoh Resort & Retreat.

Pemandangan ni daripada Terinai Lakeview Resort

Chalet Tasoh Resort & Retreat

Pemandangan di Tasoh Resort & Retreat
Booking.com

Terinai Lakeview Resort

Dalam perjalanan ke penginapan tu korang akan jumpa pemeriksaan UPP di km8. Kalau tak jumpa rasanya korang dah silap jalan.


Sebelum jumpa pemeriksaan UPP nie korang akan jumpa ladang ternakan burung unta di km6 sebelah kiri jalan bertentangan dengan Felda Mata Ayer. Korang boleh la singgah nak bergambar atau nak naik burung unta.


Selepas pemeriksaan UPP korang akan jumpa Uniciti Alam, salah satu kampus UNIMAP. Di sini pun korang boleh singgah shopping dan makan-makan. Tempatnya selesa dan mudah untuk parking. Bertentangan Uniciti Alam ada simpang untuk ke Gua Kelam dan Wang Kelian. Gua Kelam adalah salah satu tarikan pelancong di Perlis. Wang Kelian pula adalah tempat shopping seperti Padang Besar. Kalau korang ke sana pada hari Ahad, korang boleh masuk ke sempadan Thailand tanpa menggunakan passport atau pun border pass. Korang hanya boleh ke pasar hari di sempadan tu. Kalau nak ke lebih jauh kena ada passport la.

Uniciti Alam 
Selepas tu baru la korang akan tiba di Empangan Timah Tasoh, di resort tersebut juga ada tempat makan yang popular.
Booking.com

Di kiri dan kanan jalan berdekatan empangan tersebut korang akan jumpa peniaga menjual pekasam hasil daripada empangan itu sendiri. Pekasam yang popular adalah pekasam Tok Besah. Antara ikan yang dibuat pekasam adalah puyu, sepat, lampam, tilapia dan terdapat juga pekasam daging.

Kalau korang ingin ke Pusat Bandar Kangar, korang hanya perlu terus sahaja sehingga jumpa bulatan yang ada replika menara. Itulah Kangar, berdekatan bulatan korang akan jumpa Hotel Putra Palace, dan korang juga boleh menginap di situ. Itulah sedikit review Zumal tentang Padang Besar dan kawasan sekitarnya.

INFO EXTRA PENGINAPAN DI PADANG BESAR KLIK SINI

KINI ETS SEKTOR UTARA DIGANTI DENGAN PERKHIDMATAN KTM KOMUTER

Comments

  1. wahhh lengkap!! husna tak sampai lg pdg besar.. wang kelian pon sebab kwn bawak.. igt nak p jugak lah nanti.. inshaAllah..:)

    ReplyDelete
  2. menginap di kangar boleh ke ladang anggur n kebun mangga harum manis sebelum ke padang besar...

    ReplyDelete
  3. belah utara mmg CM tak pernah sampai lagi ...

    ReplyDelete
  4. Menariknya tengok resort tu... Tenang je rasa

    ReplyDelete
  5. Pi padang besar dulu selalunya nak cari jersi je..

    ReplyDelete
  6. Jelas dan terperinci penjelasan Zumal :)

    ReplyDelete
  7. kenapa x sesuai stay di padang besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada penginapan yang sesuai dan bandar mati sebelah malam

      Delete
  8. kiranya sebaik shaja memborong di padang besar perlu ambil taxi utk ke tempat penginapan di area kangar tu eh? ke boleh minta tlg zumal dtg jemput heheheeh

    ReplyDelete
  9. harga tiket sehala RM80? kalau dua hala dah RM160...hurmm....fikir dulu lah hiksss

    ReplyDelete
  10. kalau dari alor setar banyak jalan alternatif boleh guna kan

    ReplyDelete
  11. wow panjangnya review ni
    haha nama saya disebut di sini
    hehe harap dapat bantu meningkatkan readers melalui topik pedang besar ini
    rasanya ramai juga ingin tahu pasal tempat ni kalau tak pernah visit

    ReplyDelete
  12. lama x naik train
    dulu study kat penang balik kpg naik train...syok abah dah siap tgu kat stesen

    la ni ada ets senang lah..laju pun laju
    jom zumal buat plan gengbloggerutara naik ets dr btw ke kl..balik hari hahaha

    ReplyDelete
  13. Pernah ke Padang Besar, tapi baru sekali. Kalau boleh gi naik tren, lagi senang nampaknya.
    Boleh jadi satu lagi destinasi kalau nak bawak anak-anak jalan2. Dia orang pun tak pernah naik tern. Emak dia orang aje selalu naik komuter...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah tahun depan banyak trip ets, boleh la datang dan balik hari...

      Delete
  14. ya ALLAH, dah lama sangat x p padang besar! bilalast ntah g sana. masa sekolah rendah rasanya

    ReplyDelete
  15. Zumal..thanks for sharing this good info..berguna nie..

    ReplyDelete
  16. Zumal da bg sha idea.. tq tq..

    ReplyDelete
  17. ehh ada chalet ya.. dah cantik empangan timah tasoh tuh.. bukan empangan tuh dibesarkan lagi ke Zumal? dah siap ke? lama betul tak ke sana, lastly ke sana lebih 3 tahun lepas..

    ReplyDelete
  18. sekarang nih dah senang, ada ETS..

    ReplyDelete
  19. as salam zumal, bolh bagi advise? rasa nya penginapan yg u rekomen agak jauh. dan kami ke sana naik train warga emas pulak tu., kami nak cari penginapan yg hanya walking distance, memandangkan timing train tiba kesana dah lewat petg dr kl. dan terpaksa bermalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Zumal terlupa ada satu resort lagi. Teratai Putih Resort berdekatan stesen Padang Besar. Makanan pun sedap. Boleh call 04-9493549

      Delete
  20. Pekasam tu yang sedap tu. Dapat yang fresh lagi best =)

    ReplyDelete
  21. terima kasih zumal...
    tiket rm80.00 je,mcm nak prg la..

    ReplyDelete
  22. ntah bila la ejulz dapat jalan2 sana.. hehe

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
  23. Salam,
    Nak tanya kalau drp stesen keretapi padang besar nak ke padang besa belah thailand tu ada ke servis pemandu/teksi bawa pergi ke sana dan bawa balik ke padang besar Malaysia?

    ReplyDelete
  24. Salam, sy tolong jawab.. ☺ ada bnyk..

    ReplyDelete
  25. salam,
    nak tanya, dari ktm padang besar ke tempat shopping, jauh x??
    perlu sewa kereta x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, jalan kaki pun boleh. Ada jejantas di stesen ktm tu untuk ke bandar Padang Besar. Jauh sikit je.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  26. Omg!! Mahalnya ticket...baru plan nak ke padang besar naik ets...

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum, tuan blog maaf menggangu, saya pelajar yang ingin mengkaji tentang arked niaga. namun saya tidak mendapat maklumat tentang tarikh terbinanya binaan ini dan kos yang diperuntukkan untuk membinanya.jasa tuan amat dihargai

    ReplyDelete
  28. salam tuan rumah..nak tanya dari stesen ets padang besar tu nk ke sempadan tempat nk cop imigresen tu jauh tak?boleh jalan kaki je tak

    ReplyDelete
  29. Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
    Saya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih banyak lagi.

    Tiada permainan, perniagaan sahaja
    Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
    Kadar faedah pinjaman: 2%
    Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
    Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
    Tiada penalti prabayar

    Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  30. CCL selalu p pdg besaq borang makanan je zumal . Baju2 tue jarang sangat.harga pun ok. Murah2 belaka .wajib pekena tomyam kalau tak ramai,tapi selalunya ramai. Coconut shake wajib pekena sebelun balik .

    Restoran teratai putih .
    Makanan2 memang superb..dia punya tomyam tue sedapp sangat haa .. suasana pun selesa..dikelilingi pokok hijau

    ReplyDelete
  31. Pendapat saya, barang2 di Padang Besar takdela murah mana, lebih kurang harga standard juga. Cumanya best lah sebab ada banyak pilihan nak membeli :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jaja, lagi mahal kalau shopping masa cuti sekolah. Lagi satu nak beli jangan beli di kedai bahagian hadapan tapi utamakan yang jauh dari pintu masuk kerana harga dorang tawar berbeza walaupun barang yang sama...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts