MH370 DIJUMPAI



Seorang pakar penerbangan Perancis mendakwa beliau mungkin sudah menjumpai serpihan pesawat Penerbangan Malaysia (MH370) yang hilang di perairan Malaysia pada Mac 2014. 

Bekas juruterbang tentera, Xavier Tytelman yang kini pakar dalam bidang keselamatan penerbangan menerima panggilan telefon daripada seorang penduduk di Pulau Reunion, di Lautan Hindi. Lelaki berkenaan menghantar beberapa gambar yang menunjukkan serpihan pesawat itu dan beliau berkata, ia mungkin milik pesawat hilang berkenaan. 

"Saya sudah mengkaji beratus gambar dan bercakap dengan rakan-rakan," katanya kepada The Telegraph. 

"Dan kami semua fikir ia mungkin sayap pesawat Boeing 777 - pesawat yang sama seperti MH370. 

"Polis di Pulau Reunion yang memeriksa serpihan itu berkata ia mungkin berada di dalam air kira-kira setahun, bermakna ia mungkin merujuk kepada MH370. 

"Kami tidak dapat pastikan tapi kami fikir mungkin ia merujuk kepada pesawat berkenaan," katanya. 

Kehilangan pesawat berkenaan yang membawa 239 orang di dalamnya membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan. Beberapa teori muncul mengenai pesawat termasuk pesawat itu mendarat di Diego Garcia atau terbang menuju ke Korea Utara. Bagaimanapun, Tytelman percaya bahawa lokasi di Lautan Hindi adalah lebih logik bagi serpihan pesawat itu dihanyutkan.

 "Polis Perancis kini sedang menyiasat dan Australia yang mengetuai pencarian itu turut berminat. Kami tidak tahu berapa lama untuk mendapatkan pengesahan atau sebaliknya. Tapi ini adalah satu perkembangan yang menarik minat," katanya. 

Tytelman dalam blognya berkata, gambar-gambar serpihan itu mencetuskan minat yang signifikan dalam laman web AvGeek - forum tertutup di kalangan juruterbang. Katanya, banyak perbincangan mengenai bahagian kod pada serpihan berkenaan iaitu BB670. "Kod itu bukan nombor plat pesawat atau pun nombor siri peralatan mesin. "Tapi jika sayap itu milik MH370, adalah jelas bahawa rujukan itu akan dapat dikenalpasti. Dalam beberapa hari lagi kami akan dapat jawapan yang muktamad," katanya. - The Telegraph

Sumber di : http://www.bharian.com.my/node/70994

Comments

  1. Hmmm... ada terbaca dan kemungkinan kan.

    ReplyDelete
  2. Ermm hope misteri MH370 ni terungkai...

    ReplyDelete
  3. Singgah pagi ^^ semoga keluarga mangsa MH370 terus bertabah

    ReplyDelete
  4. semoga penemuan rangka2 pesawat tersebut memberi jawapan kpd apa yg dicari selama ini.

    ReplyDelete
  5. Kalau betul syukur sangat..terjawablah segala persoalan..berakhirlah setiap penantian..

    ReplyDelete
  6. harap ada jawapan yg setahun lebih kita semua tunggu..biarpun mereka yg berada dlm pesawat tiada lagi..tapi jawapan itu harus kita ketahui..

    ReplyDelete
  7. Semoga penantian bakal berakhir

    ReplyDelete
  8. moga smuanya terungkai...dh lama kot

    ReplyDelete
  9. semoga Allah tunjukkan kebenaran..

    ReplyDelete
  10. berita terkini & trending hari ini,
    harap2 terungkai lah ...

    ReplyDelete
  11. Moga berakhir suatu penantian..

    ReplyDelete
  12. satu kemungkinan.. harap betollah milik MH370

    ReplyDelete
  13. semoga segala misteri mh370 terjawab nanti

    ReplyDelete
  14. mmg misteri...kita tggu berita baik nanti

    ReplyDelete
  15. moga dipermudahkan mereka menyiasat. setahun lebih dah kan

    ReplyDelete
  16. apapun kita nantikan keputusannya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts