DISKAUN 50% BARANGAN SUKAN

New Balance

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Comel tak kasut New Balance tu? Ala bukan Zumal punya pun. Gambar ikhsan pak cik Google. Nak tak kasut baru??? Mai Zumal cerita...

JUALAN HARI SUKAN NEGARA 2015


Kepada korang semua, bermula hari ini sehingga 18 Oktober 2015 adalah Jualan Hari Sukan Negara. Jadi kepada korang yang nak miliki barangan sukan baru inilah masanya kerana diskaun yang diberikan sehingga 50%. Sumber nie Zumal dapat daripada Buletin 1.30 tadi. 

Jualan Hari Sukan Negara ini adalah bersempena sambutan Hari Sukan Negara 2015 yang bakal disambut pada 10 Oktober 2015 nanti. Hari Sukan Negara bakal dijadikan acara tahunan bermula pada tahun ini. Pada setiap tahun ia akan disambut pada setiap hari Sabtu kedua bulan Oktober. 

Antara rakan niaga yang ambil bahagian dalam Jualan Hari Sukan Negara 2015 adalah Reebok, Royal Sporting House (RSH), Asics, Al-Ikhsan, Adidas, New Balance, Explorer Outfitter, Under Armour, Garmin, UFL, World Of Sports (WOS) dan Urban Adventure.

Selamat Hari Sukan Negara 2015, Majulah sukan untuk negara...

#Kalau korang di sekitar Klang boleh terjah kedai ayah Zumal di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah. Nama kedai AMS Bayu Enterprise. Banyak produk New Balance kat kedai ayah...

Comments

  1. haah dengar juga tadi kat berita, berita baik buat peminat sukan kan zumal :)

    ReplyDelete
  2. WAH BANYAK DISKAUN TU...AYAH ZUMAL PUN BISNESMEN PATUT MENURUN ANAKNYA...

    ReplyDelete
  3. thanks for the info zumal.. jarang dah tgk tv skrg... :D

    ReplyDelete
  4. boleh minta murah ke..heheheh

    ReplyDelete
  5. Nak cari t-shirt yang KJ pakai masa pelancaran hari tu.

    ReplyDelete
  6. waaa.. menarik ni.. nak beli kasut baru.. haha

    ReplyDelete
  7. Thanks info! Dah lama tak tengok berita ����

    ReplyDelete
  8. Sampai 50% diskaun tu. Ruginya Sha x dpt pergi. T_T

    ReplyDelete
  9. Wahh menarik ni... anak saya mmg tngh cari kasut ni. Thanks sharing Zumal... :)

    ReplyDelete
  10. disc 50% banyak tu..yang berdekatan cepat2 jgn lepaskan peluang ini.

    ReplyDelete
  11. patutla ada iklan yb kj masuk tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts