KISAH DAGING KORBAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Aidiladha. Ada yang buat korban hari nie? Alhamdulillah. Yang nak buat esok atau lusa tu jaga haiwan korban korang elok-elok yer. 

Di petang raya nie Zumal nak kongsikan satu kisah. Kisah nie berlaku pada diri Zumal sendiri. Kisah Daging Korban. 

Sure korang tertanya-tanya kenapa dengan daging korban tu kan? Kisah nie berlaku pada tahun lepas. Seminggu lepas raya puasa ditakdirkan peti sejuk di rumah Zumal telah kembali kerahmatullah. Biasa la kalau rumah tak ada peti sejuk nie kiranya tak lengkap la. 

Seksa tau kalau tak ada peti sejuk. Peti sejuk tu dah tak dapat dibaiki. Jadi terpaksa kumpul duit beli yang baru. Dalam hati mengidam yang dua pintu. Fuh. $$$ kena banyak. Ribu gak. 

Lepas raya duit pun bukan banyak dah. Habis untuk beraya jer. Sedar tak sedar tiba pula raya korban. Ditakdirkan pada raya pertama Zumal terima dua tompok daging korban. OMG nak simpan mana? Zumal memang jangka akan dapat tak kurang dari dua. 

Jadi Zumal tanpa buang masa cari idea. Terfikir buat rendang, sup dan bakar. Zumal jemput la sanak saudara yang dekat datang rupanya tak ada, balik Terengganu pula keluarga Pak Andak. Pak Lang ada tapi dorang yang buat korban tu. Dorang pun jenuh makan daging dah. 

Cara penyelesaian makan sendiri ja. Rendang tu panas berulang kali sampai jadi serunding. 3 hari makan daging tanpa henti. Sup dan daging bakar selamat habis raya pertama. Sengkak perut dibuatnya. Rasa bagai lembu korban pun ada. 

Kena perhabis daging tu sebab nak buang banyak pula pantang larang daging korban nie. Jadi itulah pengalaman makan daging tanpa henti. Tok makan sikit ja. Zumal tukang perhabis. Oklah, itulah kisah daging korban Zumal. Peti sejuk dapat juga beli tapi pada awal tahun hari tu sebelum CNY. Syukur la raya nie daging boleh simpan lama. Sekian.

Comments

  1. Syukur dapat dihabiskan. memang byk pantang larang dging kurban.

    selamat hari raya zumal :)

    ReplyDelete
  2. cara selamat nak selamatkan daging tu kan zumal... Kalau perap dengan garam pastu dapatlah buat daging salai.. :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    kecian.... peti sejuk baik bendenya... bila 'dia' 'pergi'???

    ReplyDelete
  4. nasib baik habis juga kan :D daripada bazir gitu je

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini zumal...nasib baik zumal dapat habiskan...

    ReplyDelete
  6. Tudia jenuh nak makan tu... Mummy tgh bayangkan... Hehehhheee Anw innalilah buat fridge Zumal..:)

    Selamat Hari Raya Haji buat Zumal dan Tok k...

    ReplyDelete
  7. Tahun ni daging masak apa zumal..

    Selamat hari raya zumal :-))

    ReplyDelete
  8. hahaha hmmmm i tak makan lembu
    tak berapa suka nak makan binatang
    kesian tengok disembelih
    tapi faham perasaan jemu dengan daging lps makan tanpa henti

    ReplyDelete
  9. SIS KLU DPT DAGING KORBAN , BUAT STEAK JER ...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts