RISAU


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari nie Zumal kembali berniaga setelah 2 hari bercuti kerana demam. Namun begitu kiosk perniagaan Zumal hanya tutup satu hari kerana rakan Zumal menggantikan Zumal semasa Zumal bercuti. 

Alhamdulillah setelah mula berniaga tengah hari tadi jualan juga diluar jangkaan Zumal. Syukur sangat. Tapi dalam keseronokan berniaga Zumal rasa risau pada tok yang hanya ditemani kucing di rumah. Hari rabu lepas tok jatuh lagi. Dan keadaan tu membuatkan tok tak mampu berjalan dan berdiri lama. Tok tak berupaya urus dirinya seperti selalu. Risau tentang makan minumnya di rumah. Moga tok sentiasa dilindungi Allah semasa ketiadaan Zumal. Amin...

Comments

  1. kak ana doakan semoga tok semakin sihat dan dipermudahkan segala urusan zumal dan keluarga ,aaminn;

    ReplyDelete
  2. semoga tok zumal kembali sihat n Allah melindunginya sepanjng ketiadaan zumal berniaga.

    ReplyDelete
  3. zumal, bawa tok g medical checkup. just remind

    ReplyDelete
  4. Salam singgah petang zumal...... memang risau kalau kita tinggalkan sesorang bersendirian kat rumh...lebih2 lagi time keadaan tak sihat...diana pun pernah mengalaminya.... risau jak sepanjang hari...semoga keadaan tok baik2 saj yer zumal..

    ReplyDelete
  5. Zu Mal merupakan cucu yang terbaik dan boleh diharap menjaga toknya.

    ReplyDelete
  6. semoga tok zumal sentiasaa sihat aminnn...doakan terbaik utk beliau

    ReplyDelete
  7. Allahu..kesian atok..moga atok segera pulih la..amin..cantik header zumal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...
      Header tu secara tak sengaja Zumal buat petang tadi...

      Delete
  8. sediakan kerusi roda zumal . sis dah melalui menjaga bonda yg dlm keadaan makin kurang upaya . kita mmg x dpt jangka apa akan berlaku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok ada kerusi roda tapi kalau dia sorang2 memang dia tak mampu guna sebab tangan tok tak kuat menolaknya...

      Delete
  9. Semoga semuanya dipermudahkan Zumal.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah sembuh demam zumal

    ReplyDelete
  11. moga dipermudahkn urusan Zumal....aamiin

    ReplyDelete
  12. Semoga zumal cepat sembuh dan kesihatan tok cepat baik ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts