CARA NAK DAPAT TRAFIK MUDAH
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kat sini siapa yang berniaga online? Fuh ramai kan? Bila ramai dah tentu banyak persaingan dan tak mudah nak dapatkan pelanggan ke laman promosi korang dan ke instagram korang.
Justeru itu hari nie Zumal nak cerita sedikit rahsia bagaimana nak dapatkan trafik mudah ke laman promosi korang dan instagram korang.
TRAFIK INSTAGRAM
Instagram adalah laman sosial yang semakin popular dari kalangan artis mahupun orang biasa macam Zumal. Beli trafik? Walaupun sebenarnya korang boleh membeli followers untuk laman sosial tapi adakah korang perlu trafik atau followers yang banyak untuk berniaga online?
Zumal katakan tidak jika korang nak berniaga. Lain la jika korang sekadar nak angka followers dan like yang banyak. Tapi berapa kerat sahaja yang hidup di dalam trafik yang ada tu. Jadi sukar juga mendapat jualan walaupun followers tu korang beli.
Jadi macam mana nak dapat trafik yang hidup? Ok. Korang mesti arif tentang hashtag kan? Hashtag tak perlu yang merepek kerana korang tak dapat apa faedah pun. Korang perlu guna hashtag yang betul. Macam mana? Misalnya kalau korang jual produk melangsingkan badan antara hashtag yang wajar korang letak pada post korang adalah #langsing #kurus #kuruscepat #kurusmudah #slim #slimfast. Kenapa begitu? Kerana pelanggan biasa akan search keyword yang berkaitan dengan produk yang dicari.
Tapi bagi yang nak followers pun korang boleh gunakan hashtag juga. Tak perlu beli. Misalnya hashtag popular untuk mendapat followers adalah seperti #f4f #f2f #f4like #teamfollowback #follow4follow #followtrain #ifollowback #followback. Camne faham kan? Praktikkan sekarang cukup mudah.
TRAFIK BLOG DAN WEB
Blogger juga perlukan trafik yang baik. Terutama mereka yang buat bisnes online dan mereka yang pasang iklan yang memerlukan trafik yang banyak untuk klik iklan yang dipaparkan di blog. Lagi satu jika korang yang buat bisnes affiliate juga perlukan trafik ke web promosi korang tu kan.
Bila trafik banyak, kebarangkalian untuk dapat jualan juga tinggi. Antara cara mudah dapat trafik yang banyak dan yang berguna adalah dengan keywords. Keywords adalah kata kunci utama yang menggambarkan produk yang dijual. Orang search sesuatu yang mudah dan menggambarkan produk yang dicari. Kalau korang jual kasut secara online, keyword dalam entri korang dah tentu kena berkaitan kasut juga.
Lagi satu cara nak dapat trafik mudah adalah dengan share link web promosi dan blog korang di facebook. Facebook merupakan laman sosial yang ramai pengguna. Datuk nenek pun dah pandai guna facebook. Jadi facebook adalah medan terbaik untuk korang dapatkan trafik dengan mudah.
Caranya adalah korang perlu share di group facebook. Group facebook nie ada yang percuma dan ada yang berbayar. Zumal cadangkan korang share di group percuma dahulu. Nak cuba kena cuba yang percuma dahulu.
Tengok pada contoh akaun affiliate di atas. Bila dapat trafik yang baik korang akan dapat lakukan banyak jualan macam tu. Nak tak?
Ada lagi tips sebenarnya tapi ianya adalah rahsia. Jika korang betul-betul nak boleh la klik DI SINI. Lepas nie korang akan dapat trafik mudah yang berguna. Dan mungkin korang bakal berhenti kerja kerana duit jualan korang dah melebihi keperluan. Selamat maju jaya dari Zumal.
setuju zumal tak perlu nak beli like semua tu,usaha sikit akan nampak hasilnya, utk trafik blog yup, keywords sangat penting supaya terus dapat trafik organik dari SE..good tips :)
ReplyDeletekena rajin, itu yg pntingkan..
ReplyDeletebanyak hashtag baru sejak2 dah slow IG sebab nset rosak..huhu
ReplyDeletethanks zumal atas info ni
ReplyDeletegood info
perkongsian info yg bagus ni...tksh.
ReplyDelete# instagram tu mmg berkesan.. Saya pn kalau nak cari benda2 murah slalu jgk cari melalui #.. Blog tu mmg kena pandai guna keyword dia... nice sharing zumal..
ReplyDeleteBaru tau pasal hashtag tu. Rupanya itu gunanya hashtag banyak-banyak.
ReplyDeleteGud Info Zumal... Macehh na... :D
ReplyDeletethanks zumal ats info yng sangat menarik tu
ReplyDeleteTerbaiklah zumal share tips..
ReplyDeleteinfo yang baik..sekarang jarang up entri, trafik pun sendu
ReplyDeleteTips yang baos terima kasih Zul..
ReplyDeleteapa2 pn kena rajin kan... huhuhu
ReplyDeleteWahh....info yang sangat berguna dan menarik ni zumal....
ReplyDeletekena rajin ... wat apa pun , klu x rajin , tak ada hasil juga ...
ReplyDeletetingin nak join macam hampa semua.. tapi takot xdan nak monitor..
ReplyDeletedan komitmen.. huahua..
kalau kurang commitment boleh zumal.. info yg bagus untuk sesiapa yg berminat
ReplyDeletemkasih bang
ReplyDeletefollow4follow tu kita biasa buat kat Tumblr je hahaha
ReplyDeletenewbie2 skelian bleh take note ni!
ReplyDeleteaffialiate apa tu? banyaknya dapat ... tahniah zumal :)
ReplyDeletetips yang sangat membantu sbb JM mmg tak tahu bab ni terutama pasal follower di IG tu
ReplyDeleteTq info.
ReplyDeleteMenarik info ni.