HADIAH BUATKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri nie sepatutnya Zumal buat bulan lepas lagi. Disebabkan terlalu busy jadi tak sempat Zumal buat. Dan disebabkan itu juga Zumal hasilkan entri kompilasi ini. Entri ini sebagai menghargai insan-insan yang telah memberikan sesuatu untuk Zumal dan juga blog Dunia Zumal ini.

DARIPADA HASRUL HASSAN

Setelah menyertai segmen yang dijalankan oleh bro Hasrul Hassan (HH), Zumal telah menjadi antara yang terpilih untuk disenaraikan dalam blog bro HH. Alhamdulillah peluang yang amat dinantikan kerana blog bro HH ini trafiknya sangat tinggi hingga 40k pageview sehari. Jadi bila tersenarai di bloglist dapatlah juga Zumal limpahan trafik blog beliau. Terima kasih bro HH...

DARIPADA YUN SING

Alhamdulillah Zumal juga dapat tersenarai dalam sebagai Top Commenter di blog Yun Sing. Untuk bulan Julai rasanya tapi Zumal terima sesuatu daripada Yun Sing bulan Oktober. Terima kasih yer Yun Sing.


DARIPADA PHA IS

Bulan Oktober lalu Zumal berjaya menjadi antara top commenter di blog Pha Is. Pha Is telah menghadiahkan Zumal topup bernilai RM10.00. Syukur sangat-sangat. Terima kasih juga kepada Pha Is. Bulan lepas dapat bersua dengan Pha Is dalam review Rockstarz Burger. Sebelum ke lokasi Zumal tersesat dan Pha Is juga datang menjemput Zumal. Terharu. Terima kasih sekali lagi yer.

DARIPADA JARI MANIS

Dalam tak sedar mana-mana tetiba Zumal terima sesuatu dari Jari Manis a.k.a JM. Zumal rasa macam tak percaya je tau. Dapat gak fridge magnet dari Indonesia gitu. Kebanyakan fm di peti ais Zumal adalah dari JM tau. Terima kasih JM...


DARIPADA CIKGU ETUZA

Dalam beberapa bulan kembali aktif di blog, Cikgu Etuza telah menjadi rakan setia komentar di blog Zumal. Begitu la juga Zumal membalasnya tak sedar pula dapat jadi sebagai top 10. Sehubungan itu Cikgu Etuza telah menghadiahkan biskut keluaran Elken yang sedap tu untuk Zumal. Terharu bila dapat hadiah dari Blogger Sabah ini. Terima kasih Cikgu Etuza...




DARIPADA MUMMY JULIA

Baru-baru ini Zumal telah berkenalan dengan blogger kat Melaka. Mummy Julia orangnya. Katanya Mummy asal dari Penang. Mummy nie ada 2 orang hero peminat setia lego figure. Sejak tu, Zumal sentiasa membalas kunjungan Mummy  dan tetiba tersenarai sebagai top commenter di blognya. Mummy telah hadiahkan fridge magnet istimewa dari Melaka dan fridge magnet khas tempahan beliau. Cantik tau. Terima kasih yer Mummy Julia...




#gambar dah ada. Update masa dalam perjalanan ke selatan.




Comments

  1. Wah banyaknya dapat... Tahniah Bro Zumal.. semoga terus banyak rezeki datang :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah petang zumal...Alhamdulillah dan tahniah zumal...semoga sentiasa di murahkan rezeki lagi....

    ReplyDelete
  3. tahniah..bnyaknya dpt hadiah...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. tahniah zumal... moga sentiasa murah rezeki...

    ReplyDelete
  5. tahniah zumal semoga dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  6. banyaknya dapat gift, tahniah ... tempek la gambar sikit :)

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah ... byk dpt hadiah tu . sis pun selalu juga letak gambar kemudian . gampar tu ptg sbb bimbang ada yg berkecil hati ...

    ReplyDelete
  8. wahhhhh rezeki bertingakt2 namanya tu. tahniah zumalllll

    ReplyDelete
  9. Tahniah Zumal, murah rezeki bertingkat-tingkat :)

    ReplyDelete
  10. Asalam Zumal baru ke entri ni..ada masa juga tetapi line ternet selalu slow..wah ..terharu dihargai..tahnia ya..november kenapa tak usaha lagi ya!..dah blogger lain yang dapat apapun sentiasa ada peluang kan..

    ReplyDelete
  11. bayak dapat hadiah..tahnia zumal

    ReplyDelete
  12. tahniah banyak dapat hadiah..

    ReplyDelete
  13. wah ! banyaknya... murah rezeki Zumal.. !

    ReplyDelete
  14. semua kawan2 pemurah.. moga murah rezeki mereka semua =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts