AISKRIM NYIOQ UTARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama kita tak bersua kan? Maaflah kerana terlalu busy dengan pelbagai projek untuk hidup. Hehe... Insha Allah setiap kunjungan korang akan Zumal balas secara berperingkat yer. Insha Allah settle sebelum tarikh birthday Zumal. 

Aiskrim Nyioq Di Perlis 

Baru-baru ini aiskrim kelapa atau kat Perlis depa sebut aiskrim nyioq makin trending di media sosial. 

Setelah sampai ke pengetahuan Zumal tentang aiskrim nyioq nie, Zumal pun excited nak cuba. Mana tidaknya selama nie lokasi luar Perlis belaka, jauh. Jadi kebetulan ada kenalan facebook Zumal sendiri yang berniaga aiskrim nyioq di Perlis nie jadi Zumal bertekad nak pergi. Hehe...


Aiskrim nyioq saudara Hafsham nie dijual di Persiaran Wawasan berhadapan Taman Rekreasi Gua Cenderawasih atau nama familiar Gua Sami. Bagi orang baru di Perlis, landmarknya berdekatan Taman Budaya LKKN dan Hotel Seri Malaysia Kangar. Ianya berdekatan juga dengan Kompleks ADUN, Kompleks KDN dan JPAM

Kandungan aiskrim ini selain aiskrim berasas nyioq,
dicampur jagung manis, kacang merah, isi nyioq,
roti, emping jagung, serbuk kacang dan chocolate.


Gambar masa repeat makan ais krim
kelapa Rabu lepas


Kalau korang ingin menikmati keenakan aiskrim nyioq ini boleh la terjah di lokasi yang Zumal nyatakan tadi. Saudara Hafsham berniaga dari pukul 2.00 petang hingga 6.30 petang. Untuk maklumat lanjut korang seeloknya ikuti page Aiskrim Nyioq Utara untuk ikuti infomasi perniagaan beliau yer. 

Aiskrim Zumal dah cair masa sampai rumah
sebab terlalu panas hari ni,
berbaloi beli sebab sangat sedap...

Comments

  1. tingat sy ais krim yg dipaparkan dlm majalah 3 tempohari ;-)

    ReplyDelete
  2. kak ana pun minat sangat eskrim kelapa ni, dari sangkaya sampailah yang dijual di gerai biasa, memang sedap :)

    ReplyDelete
  3. PC belum berpeluang merasa lagi la zumal ais krim kelapa ni...Allahu...nak sangat..kadang bila berjalan jalan..panjang leher juga mencari...

    ReplyDelete
  4. mcm aiskrim glamour sangkaya tu je :D saya pun x pernah rasa lagi mana2 aiskrim kelapa ni

    ReplyDelete
  5. Sedap ooo asikrim kelapa ni. Feveret :D

    ReplyDelete
  6. ni yg tak sabar nak balik perlis nih...gian giler nak makan aiskrim ni...

    ReplyDelete
  7. mcm2 bhn campurannya tu . blh kenyang mkn ... bekukan dulu dlm peti sejuk baru makan zumal ...

    ReplyDelete
  8. WA pun belum berkesempatan rasa yg betul2 aiskrim kelapa. Macam sebelum ni pernah rasa. Tapi dia letak dalam kelapa je. Sedih sebab tak rasa pun isi kelapa. Huhu

    ReplyDelete
  9. Tak ada kat tempat saya..kenalah pos ke sini :D

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini zumal....sedapnya tapi kay tempat diana pun belum ada lagi ni ais krim kelapa...

    ReplyDelete
  11. Time cuaca tengah panas memang best makan aiskrim kelapa. Selamat tahun baru, Zumal :)

    ReplyDelete
  12. Wow mantop... menyelerakan ni ...
    Salam 2016 Zumal. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan Nya... aamiin.
    Salam ukhwah, lama saya tak berblogging hihii.. :) :)

    ReplyDelete
  13. Melting zumal oiii tengok aiskrim + kelapa

    ReplyDelete
  14. sedapnya..naper tak makan terus kat situ..lagi mabeles

    ReplyDelete
  15. Adoi, sedapnye eskrim. Wuuwuwuwu. Kat tawau belum ada lagi eskrim kelapa ni. Kena tunggu balik KL baru merasa lah jawabnya. T_T

    ReplyDelete
  16. wow sedapnya.. skrg dlm tempurung nanti mummy nak jual yg dalam kuali pulak lahhh..hahahaha

    ReplyDelete
  17. Ya Allah...kecur air liur tengok ais krim tu. sedapnya kalau dapat.

    ReplyDelete
  18. wah sedapnya, terutama musim panas camni

    ReplyDelete
  19. lokasi kedai ni tepi jalan je ke

    ReplyDelete
  20. macam Sang Kaya lah.. tapi ni version tempatan.. alhamdulillah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts