BEBASKAN DIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bermula 2016 ini pelbagai benda kita jumpa. Selalu bab duit ler. Sebab ada yang berazam di tahun baru nak kaya dan nak hidup senang. Dengan itu kita akan diiklankan dengan pelbagai plan perniagaan.

Hari ni Zumal nak kongsikan tentang kebebasan dalam perniagaan. Apabila kita diiklankan dengan perniagaan yang berpakej sebenarnya kita diikat tanpa bebas memilih. Pakej sebenarnya adalah silap mata syarikat untuk menjual dalam kuantiti yang banyak kepada kita sedangkan kita belum tentu nak mengguna atau menjual produk yang dibeli itu. Zumal lebih suka kita beli apa yang kita suka dan beli apa yang hendak Zumal jual sahaja.

Kenapa? Zumal tak perlu simpan stok dan Zumal tak terpaksa keluarkan modal yang besar. Lagi satu kebebasan juga terikat bila kita punyai modal yang sikit. Misalnya awak nak untung banyak awak kena beli pakej paling besar. Sebenarnya siapa yang untung? Awak atau syarikat? Syarikat la untung. Lagi satu kenapa perlu membezakan status ahli tu, kalau kita modal sikit bermakna sampai bila pun kita tak dapat berjaya dalam perniagaan itu. Zumal kini dah tersedar tentang muslihat ini dan sekarang Zumal tak memilih pakej-pakej seperti itu.

Zumal kini memilih perniagaan yang bebas. Masuk ahli. Beli apa yang nak guna dan nak jual. Tak kaya pun boleh. Buat apa dah kaya nak berniaga lagi. Kita yang tak kaya la yang kena berniaga untuk kaya. Dalam konsep bebas ini juga ramai yang berjaya. Tak perlu beli pakej, tak perlu jadi stokis. Itu memaksa anda. Memaksa keluar duit banyak.

Zumal tak membenci perniagaan berkonsep MLM kerana Zumal ketahui MLM adalah jalan untuk cepat berjaya. MLM melahirkan jutawan di Malaysia. Tapi pilihlah MLM yang tak menekan anda. Pengalaman terpedaya dah cukup banyak tapi Alhamdulillah dah jumpa yang terbaik. Anda pun pilih la yang terbaik.

Comments

  1. Assalam zumal...berniagalah dgn bijak boleh meraih untung yg banyak tapi kongkalikong dlm perniagaan perlu dipelajari. semoga 016 menjadikan bisnis zumal lbh maju.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah . pengalaman juga yg mengajar utk buat pemilihan yg tepat ...

    ReplyDelete
  3. sebenarnya ada je MLM yg "halal" :D

    ReplyDelete
  4. ye betul..kita jual apa yang kita nak jual.kadang2 bila ambik pakej ni kita macam di paksa untuk jual..kan?tak syok..minat berniaga pun boleh hilang sikit2.

    ReplyDelete
  5. Kena hati-hati dengan MLM pilih yang betul. Setuju kata zumal. Beli apa yang kita perlu

    ReplyDelete
  6. Salam Zumal. semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas. Semoga anda kaya dan berjaya. Insha Allah.... semoga Allah taala dibukankan rezeki seluas-luasnya.

    Jom kunjungi entri saya: Pengalaman Bersama ONEXOX.

    ReplyDelete
  7. semoga tahun 2016 lebih sukses

    ReplyDelete
  8. apapun all the best. janji tak susahkan sesiapa dan bahagia dunia akhirat. kekayaan yang ada tak bawah masuk kubur.

    ReplyDelete
  9. x pe utk kepuasan diri sendiri

    ReplyDelete
  10. Tahun ni memang aim nak bebas dalam pengurusan kewangan, maksunya bebas dalam berhutang

    ReplyDelete
  11. X pernah cuba MLM secara serious lg

    ReplyDelete
  12. pilihlah MLM yang baik dan menepati syariah

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum Zumal.. ape kabar? lama tak ke sini.. moga sihat selalu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts