HOMESTAY MURAH DI PERLIS

HOMESTAY PERLIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Cuti hujung tahun dah bermula pasti ramai yang berjalan-jalan, cuti-cuti Malaysia kan. Zumal nak tanya ada tak yang nak bercuti di Perlis??? Dah ada penginapan ke belum??? Kalau belum mai Zumal nak syorkan homestay termurah di Perlis.

LAN HOMESTAY




Lan Homestay adalah pilihan terbaik dan paling jimat jika korang nak menginap di bandar Kangar. Homestay berlatar belakang desa ini dilengkapi 3 bilik tidur, 1 tandas, ruang tamu, dapur, meja makan, televisyen, peti sejuk dan parking berbumbung. Untuk pengetahuan korang, homestay ini sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga besar kerana bilik utama ada katil bersaiz king manakala 2 bilik lagi dilengkapi 2 katil bujang setiap satu. 





Kedudukan homestay ini adalah 5 minit dari pusat bandar Kangar, 10 minit dari Arau, 10 minit dari Kuala Perlis, 40 minit ke Padang Besar. Selain itu ia juga berdekatan dengan Masjid Tun Abdul Razak, warung dan juga kedai runcit.

Alamat
Lan Homestay
No. 38, Batu 1 1/2 Kampung Repoh
01000 Kangar, Perlis.

Nombor Telefon
019-5961006 / 04-9773864

Comments

  1. Terima kasih kongsi info zumal...kepada sesiapa yang berniat mencari homestay...boleh cubakan..

    ReplyDelete
  2. Bila murah dan selesa memang puas hati kan

    ReplyDelete
  3. walaupun simple ... nampak kemas dan selesa

    ReplyDelete
  4. nampak bersih dan selesa, sesuai untuk penginapan sekeluarga , mana tahu satu hari nanti kak ana memerlukannya , terima kasih zumal :)

    ReplyDelete
  5. yang jauh2 nak tido barang semalam balik dari langkawi ok lah kan. atau nak tido sebelum naik feri ke langkawi awal paginya

    ReplyDelete
  6. memang murah.. boleh la singgah sini

    ReplyDelete
  7. kat Perlis banyak homestay kan ? kalo ramai2 pegi rumah kazen kt Beseri mmg akan sewa homestay..

    ReplyDelete
  8. Wahh...bestnyaa...
    singgah jengah sini zumal, dah lama tak blogwalking sini

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Ada Anies nanti Zumal beri linknya...

      Delete
    2. Linknya yer http://duniazumal.blogspot.com/2015/09/penginapan-di-padang-besar.html

      Delete
  10. Belum lagi berkesempatan sampai ke Perlis :)

    ReplyDelete
  11. tak pernah lagi sampai Perlis tapi kalau nak pergi nanti boleh cuba homestay ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts