PENGALAMAN MENAIKI KTM KOMUTER SEKTOR UTARA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri kali ini sebenarnya agak basi kerana dah lama berlalu. Pada 31 Januari 2016 lalu telah mencuba perkhidmatan KTM Komuter Sektor Utara. Untuk pengetahuan anda, tiket komuter tak boleh beli awal. Anda kena beli tiket pada tarikh anda ingin menggunakannya. Kaunter tiket di Stesen KTM Arau dibuka dari jam 5.30 pagi manakala perjalanan KTM dari Arau pula seawal 6.05 pagi. Semak jadual terbaru Komuter Sektor Utara DI SINI.





Pada pagi tu Zumal keluar rumah dalam jam 5.45 pagi selepas siapkan sarapan untuk tok dan makanan anak-anak meow. Dengan jarak 10km dan 6 traffic light yang perlu ditempuhi, Zumal memecut ke Stesen KTM Arau. Alhamdulillah sampai jam 5.51 pagi. Dapat tiket jam 5.53. Selamat komuter pun belum sampai dari Stesen Padang Besar. Ingatan Zumal, anda ambil la wuduk sebelum naik train nanti boleh solat subuh dalam train. Train masa tu sampai tepat pada masa. Orang pun tak ramai mungkin kerana hujung minggu.



Perjalanan cukup sempurna, Zumal sampai ke Stesen Butterworth pada jam 7.36 pagi. Cepat dan selesa. Bagi yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan komuter boleh semak jadual perjalanan DI SINI.

Comments

  1. Sejak bertukar tempat kerja di Seremban dah lama benar tak naik komuter.

    ReplyDelete
  2. di Sabah takda komuter..bas ja :)

    p.s belum pernah naik komuter hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak naik..tapi tak tau nak p mana

      Delete
    2. Dekat Beufort ada. Tapi bukan komuter ler. Ketapi wap stim tu, hehe

      Delete
  3. teringin nak naik ,..nak bagi anak2 rasa..baru la felling ala2 fasha sandha bawak anak naik tren..heheh

    ReplyDelete
  4. BEST NAIK KOMUTER CPT SAMPAI...

    ReplyDelete
  5. teringin jugak nak naik.. nanti nak ajak zya pi sna naik komuter la hehehe

    ReplyDelete
  6. wahh, komuter sama macam di KL ye?

    ReplyDelete
  7. Mesti seronok naik komunter tu kn..kat sini tak de lagi kenderaan komuter tu..hihi

    ReplyDelete
  8. jangan lupa salam pada temannya yang duduk di samping komuter sektor utaranya ya kak

    ReplyDelete
  9. Seronok la kalau dah mencuba perkhidmatan train tu..tapi kalau awal pagi memang terkejar-kejar la nak solat subuh

    ReplyDelete
  10. seronok bunyinya, lama dah juga saya tak naik lrt atau komuter ni

    ReplyDelete
  11. Kalau komuter kat KL ni bapak lamanya nak menunggu...

    ReplyDelete
  12. pinginbanget naik komuter, dah lama nggak naik.

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak naik Komuter. Dulu selalu berebut dengan orang setiap kali balik sekolah. Macam-macam bau ada, haha. Tapi train pagi subuh ni belum pernah cuba lagi. Orang kurang ye Zumal pagi-pagi mcm tu?

    ReplyDelete
  14. owh kat utara pun ada komuter ye.. ingatkan kat sana cuma ada ets.. and komuter hanya ada di area2 dekat2 ngan lembah klang jer... btw, thanx bagitau

    ReplyDelete
  15. Pernah juga naik train pagi2 mcm tu. Tapi xberani pergi sorang, mwsty kene bawa teman.

    ReplyDelete
  16. teringin nak naik jugak.. nantilah ~ saja nak try rasa.. heee

    ReplyDelete
  17. boleh jugak bawak anak-anak merasa pengalaman baru nanti

    ReplyDelete
  18. oh macam kl lah
    so for long distance travel frm arau pergi kl juga tak boleh beli awal?
    i nak pg bangkok dengan ktm...ada info / pengalaman tak naik ktm pg bangkok?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau arau ke kl kena naik ets, komuter hanya sampai kemunting perak je. Tiket ets boleh beli awal.Zumal belum pernah ke luar negara, boleh rujuk http://jarimanistravel.blogspot.co.uk/2013/01/budget-trip-by-train.html

      Delete
  19. dateng lagi ka, biar nambahin komentarnya, saya tunggu artikel lainnya.

    ReplyDelete
  20. selalu naik KTM bila nak pegi shopping kt KL. kadang2 stress juga sbb tren lambat huhu

    ReplyDelete
  21. Teringin sangat nak naik..hahaa

    ReplyDelete
  22. Bertambah mudah nk bergerak lepas ni... dah bnyk pilihan transport kan... :)

    ReplyDelete
  23. rm9.50? murah tu..kalau drive lagi mahal..byr tol lagi..senang lah pasni kalau Zumal nk ke butterworth

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar sorang tu memang berbaloi naik komuter je, naik bas, rempit, drive memang lebih kosnya

      Delete

Post a Comment

Popular Posts