KESILAPAN

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Entri ni sekadar luahan perasaan. Semalam terbaca entri Cik Nor tentang sikap tuan rumah yang disewanya kat SINI. Hari ni Zumal nak kongsi cerita pasal penyewa serumah pulak, housemates la kisahnyer. 
Ihsan Google 
Kisahnya begini, Zumal tergerak hati nak buat bilik sewa. Disamping boleh buat side income dan boleh gak housemates tu meneman tok bila Zumal ada urusan di luar kawasan. Lain yang kita harap lain pula berlaku.

8 Mac kisah bermula, mereka suami isteri. Mereka adalah orang keempat yang datang nak tengok bilik untuk disewa petang tu. Datang bersama bos tempat kerja mereka. Katanya confirm jadi la. Esok dia datang bawak barang sama. Masa time maghrib lepas mandi dan solat dengar orang panggil kat luar, berdiri suami isteri tu bersama barang2 depan rumah. Fuh, ingat bagus la. Rupanya masuk saja duit tak bayar, sewa bos yang nak bayar katanya esok.

Zumal beri je la masuk, kesian lak berbungkus-bungkus depan rumah. Nanti jiran nampak pelik pulak. Hari nie 21 Mac, sewa tu tak dapat pun lagi. Zumal ni kesian la kalau nak suruh keluar. Simpan dalam hati je la.

Lagi satu, memang Zumal cakap boleh share peralatan yang ada dalam rumah tapi, semua dia nak share. Gula, minyak, beras, ikan, bawang, garam, motor Zumal pun dia asyik pinjam. Nampak bukan kurangkan beban tapi menambah beban. Rasa macam nak nangis kot.

Moga bos dia bagi la duit sewa macam yang dijanjikan yang bertangguh berhari-hari. Itulah kisah tuan rumah yang baik hati. Hahaha...

Comments

  1. Wah masalah besar tu zumal...berhati-hatilah...sepatutnya zumal perlu siapkan agreement bertulis syarat2nya sebelum menerima penyewa. Moga masalah ni akan segera selesai dgn sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Memanglah Zumal ni tuan rumah yang baik hati. Akak doakan moga lembutlah hati mereka utk bayar sewa dengan segera. Tapi, bab pakai gula, minyak, beras tu akak memang kurang setuju. Akak rasa, Zumal kena tetapkan syarat. Paham2lah harga barang sekarang ni. I mean, bolehlah guna peralatan, tapi bahan basah tanggung sendirilah.

    ReplyDelete
  3. kena buat satu dokumen perjanjian ni..zaman sekarang semua kena ada perjanjian bertulis...berhati-hati zumal....moga tidak ada masalah hendaknya di kemudian hari =)

    ReplyDelete
  4. pd pendpt sy kan, baik awk xpyh bg depa duk ctu.sbb awal2 depa dh bg awk mslh...nt x mustahil lg byk mslh depa akan bg pada awak..

    ReplyDelete
  5. brg makan, brg mandi tak kan nak share jugak kot?

    ReplyDelete
  6. dahla belum bayar, semua benda nak share pulak tu.. agakla sampai barang2 memasak pun dia amek... jgn bagi muka sangat kat org camni

    ReplyDelete
  7. ini memang menyakitkan hati semua barang pun nak share. ingat beli percuma ke gula minyak tu semua.. apasal tak tegur je?? hoho

    ReplyDelete
  8. Mak oi. Amek kesempatan nama nya tu. Kekadang kita perlu kekejaman dalam hidup niy. Tak bole bagi muka, nanti kita yang susah.

    ReplyDelete
  9. kena buat agreement dulu encik, protect yourself

    ReplyDelete
  10. enakbetul, sudah nyewa belum bayar, segala pinjam pula. baik betul kak zumal...

    ReplyDelete
  11. Parah mcm tu Zumal... utk longterm habis brg dapur nnti. Tak pasal2 duit sewa tu kena tanggung brg2 dapur utk dia pulak nanti huhu...

    ReplyDelete
  12. eee..takut pulak kita nak sewa bersama dgn org asing..pernah jugak Fida ajurkan soalan dkt suami..kot2 la nak ringankan diri..tapi dia cakap..tak payah..nanti duduk sekali lagi susah..buat org tu ada anak..tak makan hati kah kita..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts