TEA BOSS PERLIS

TEA BOSS PERLIS


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Panas kan hari ni? Mesti rasa tak selesa nak buat apa-apa pun. Apa kata kita hilangkan panas, dahaga dan stress tu di Tea Boss. Apa itu Tea Boss? Tea Boss adalah menu berasaskan teh yang diinovasikan oleh seorang anak muda yang berpengalaman dalam bidang perhotelan yang berasal dari Sungai Petani. Tea Boss kini mempunyai 10 outlet di seluruh Malaysia.


Fuh terliuq aihh


Semalam Team Blogger Utara buat pertama kalinya berkumpul di Perlis dan kami berkesempatan mengunjungi outlet Tea Boss di Perlis. Istimewa kali ni kami ada rakan blogger jemputan iaitu Sofie yang kebetulan ada di Perlis.

Dari kiri Sofie, Zya, Arz, Pha Is dan Zumal

Apa yang ada kat Tea Boss Perlis? Macam-macam ada tau. Ada pelbagai menu teh seperti Apple Boss, Mango Boss, Strawberry Boss, Green Day, Tea Boss Sling, Ice Milk Coco Boss dan macam-macam lagi yang tak ada di cafe lain.

Menu Tea Boss Perlis 

Selain tu menu makanan pun ada, seperti Chicken Chop, Murtabak Maggi, Laksa, Bihun Soto, Fries dan macam-macam lagi. Kalau sebelah malam ada juga nasi daging bakar, nasi ayam berempah dan lain-lain lagi. Kiranya rambang mata anda nak memilih.







Macam mana ada rasa terliur dan mengidam tak? Hehe. Jangan biar perut berbunyi lama. Terjah la Tea Boss Perlis segera. Semalam Zumal cuba Ice Milk Coco Boss dan Tea Boss Sling. Ice Milk Coco Boss rasa kokonya memang A plus la. Tea Boss Sling pula ada rasa campuran mango dan lime yang sangat mengujakan. Sebelum ni Zumal pernah nikmati Green Tea Vanilla dan rasa macam makan aiskrim vanilla. Sedap sangat!!!


Seronok bila dapat berkumpul macam ni

Sebelum terlupa, bila anda berkunjung ke Tea Boss Perlis, anda akan diberikan kad, setelah anda membeli 10 cawan anda boleh menebus 1 cawan Tea Boss secara percuma. Jadi jangan la kedekut nak belanja kawan yer. Hehe. Ingat, Drink Tea Like A Boss...
Contoh kad yang cukup cop

Bahagian hadapan kad

Terima kasih kepada owner Tea Boss Perlis, Syed Mohd Afiq dan Fadzilah, serta tak lupa juga rakan-rakan blogger yang turut serta dalam review kali ini. Anda juga boleh ikuti review dari rakan-rakan yang lain. SOFIE | ARZ | PHA IS | ZYA


Alamat Tea Boss Perlis
KM 3, Tanjung Gorah, Repoh
Persiaran Jubli Emas
01000 Kangar Perlis
(Selepas Auto Car Wash dan sebelum Aura Steamboat, bertentangan Andaman 2)
017-422 7517/ 017-572 0635 Puan Fadzilah
Facebook : tea boss perlis
Instagram : TEABOSSPERLIS

Masa Beroperasi
12.00 PM - 9.00 PM SETIAP HARI



Comments

  1. macam menarik jer nih.... bolehlah berangan nak merasa...ha ha ha...

    ReplyDelete
  2. terbaik...laksa perlis..uissshhh..sedap

    ReplyDelete
  3. MAKAN LAKSA SAMBIL MINUM TEA SEDAP JUGA TU.

    ReplyDelete
  4. Waaa~ bro zumal bestnye dpt kumpul blogger... T^T

    ReplyDelete
  5. Dulu masa suami bertugas di Perlis tak da pula buka tea boss ni, kalau tak memang selalu la singgah pekena makanan dan minuman tu

    ReplyDelete
  6. wow beratoq ayaq diaa naa... sedap tea boss ni kan zumal :)

    ReplyDelete
  7. huhu, tgh2 panas ni mmg sedap klau pekena..yum3..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya...
    Terliur pulak tgk laksa tu...

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. nanti kalau ada rezeki boleh cuba ni =)

    ReplyDelete
  11. memang terbaik zumal....minum like a boss....
    singgah lagi ke perlis kena cuba perisa lain pula

    ReplyDelete
  12. jom jom nak p try nanti sedap sgt dah tu tgk colournya

    ReplyDelete
  13. kat kl byk juga kedai minuman ice blended mcm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts