NAK BUAT KERJA GILA

TAWAN WANG GUNUNG


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Lama gila Zumal tak bersiaran kan? Tetiba bila muncul tajuk pun dah gila. Mana tak gila, Zumal pernah menjadi seperti Oku yang tak mampu berjalan tetiba nak berhiking pula. Buat kali pertama pula tu... Haih... Boleh ke? Sama-sama doakan kejayaan dan keselamatan untuk Zumal yer.



Kenapa nak hiking? Beberapa minggu lalu Zumal ternampak tawaran oleh I-Hikers Perlis ni dalam group facebook. Gambar yang mereka share amat mengagumkan. Timbul keterujaan nak join. Lagi pun tempat tu kat negeri Zumal juga. Tak tau pun ada lokasi cantik macam tu.

Selain tu Zumal dah lama teringin join aktiviti lasak walaupun tahu yang diri ini tak la selasak orang lain. Tahu cakap pandai je pun. Di samping tu teringin nak uji kemampuan diri. 

Event untuk mendaki lokasi yang dinamakan Wang Gunung ni bakal berlangsung pada 2 Mei 2016 nanti. Lokasi ini juga berdekatan dengan Taman Ular dan Reptilia Sungai Batu Pahat, Perlis. Tak sabar nak join. Semoga segalanya dipermudahkan...

Comments

  1. best juga tu aktiviti agak lasak disertai rang muda cam zumal ni...

    ReplyDelete
  2. uis. saya kat perlis jugakk. nak jugak join. wang perlis bukan gunug perlis eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pasti nama gunung tu, nak join boleh check kat fb I-Hikers Perlis. Tempat terhad

      Delete
  3. Wah...ada aktiviti baru. Menarik jugak ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh zumal nak panjat gunung. Saya hari tu ada panjat gunung datok kat negeri sembilan. Mcm nak terjelir lidah bila sampai kat atas sana

    ReplyDelete
  5. Wah...lama tak bersiaran tiba2 ada aktiviti baru...gempak...

    ReplyDelete
  6. mendagi gunung sudah lewat jaman melakukannya, tahun 90an hampir semua gunung di Jawa sudah tak daki...hayu kang mendaki agar lebih sehat dan keren...hehe

    ReplyDelete
  7. good luck. smoga slmt pergi dan balik. hati2

    ReplyDelete
  8. As Salam Zumal. :)

    Bagus la Zumal ada keyakinan diri untuk join aktiviti lasak. Nampak menggerunkan juga la Gunung Wang ni kan.

    Semoga semua urusan Zumal dipermudahkan yer. Terbaik !

    ReplyDelete
  9. kalau nak cuba aktiviti lasak, macam-macam zumal boleh buat... trekking, hiking.. just ikut kemampuan.. kalau tak boleh, jangan paksa diri, nanti akan timbul masalah dikemudian hari

    http://www.tashaqisha.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seumur hidup ni hiking belum pernah buat. Trekking dah biasa sejak join pengakap dari sekolah sampai zaman kampus.

      Delete
  10. nanti ambik view cantik2.. tp stamina kena de yeeee

    ReplyDelete
  11. kegilaan apekah itu., huhu.,
    hati2 hiking.,

    ReplyDelete
  12. kena warm up bebetul nanti risau terkejut kat tgh jalan je..
    inshaAllah semoga dipermudahkan perjalanan sebelum, semasa dan selepas ke sana nanti..:D

    ReplyDelete
  13. Singgah petang. Salam Rabu :)

    ReplyDelete
  14. Ala teruja je dengaq Zumal nak panjat gunung.... tggu lutut ni baik mummy join Zumal ok..

    ReplyDelete
  15. Moga Zumal selamat sampai ke puncak dengan selamatnya... buat excersice tau especially bahagian kaki dan peha , takut badan terkejut nanti. hehehe

    ReplyDelete
  16. looks like a nice place :)

    ReplyDelete
  17. bila tu..ke mana lama menghilang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts