5D INTERACTIVE WORLD PENANG

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Hari tu Zumal share pasal Teddyville Museum kat Penang kan? Bukan berakhir kat situ je, kami pergi review 3 museum tau tapi Zumal pergi 2 tempat je. Jadi destinasi terakhir Zumal ialah 5D Interactive World di Jalan Dato Keramat, Georgetown Penang. Zumal tengok pada luaran museum ni, eh macam kecik je. Bila masuk je, lebih sejam duk dalam tu.

5D INTERACTIVE WORLD 



5D Interactive World ni ada 5 zon yang menceritakan dan pengalaman yang berbeza untuk kita. Selepas kaunter bayaran masuk tu kita akan menjelajah ke zon pertama iaitu zon alam sekitar.

Jika kita dapat melihat segala pencemaran yang berlaku, mungkin kita akan menjaga alam sekitar kita.
Kemodenan yang manusia kejarkan sebenarnya telah merosakkan ekosistem alam dan memusnahkan kehidupan flora dan fauna. Kemungkinan semakin lama semakin hilang keindahan alam sekitar akibat ketaksuban manusia mengejar material.
Begitu juga kesan daripada penggunaan pukat di lautan yang memberi kesan kepada kehidupan marin seperti penyu, dugong, dan lain-lain yang semakin pupus.

Begitu juga dengan penggunaan ubatan dan kosmetik untuk kecantikan turut mendatangkan kesan kepada manusia sendiri secara langsung. Mahukah kita hidup dalam dunia begini? Sayangilah alam dan persekitaran kita agar dapat terus dinikmati bersama.

Jom kita teroka zon kedua iaitu zon animasi. Dekat sini anda boleh berimiginasi sebagai aktor seperti dalam filem yang menggunakan kesan khas. Anda juga boleh guna kreativiti anda untuk bergambar. Jom tengok koleksi gambar Zumal.


Kat zon animasi ni anda boleh bergaya macam-macam style. Selain bergambar dengan rakan-rakan Blogger Utara, Zumal bergambar dengan pelakon tambahan yang dibawa dari Perlis, Fiza dan Nurul. Terbaik lah korang. Anda pun jangan lepaskan peluang bergambar dan selfie kat sini yer. Anda boleh minta tolong krew dorang untuk tolong snap picture yer. Dorang sedia membantu anda.

Sekarang Zumal bawa anda semua ke zon magik pula... Dalam zon ni boleh la berangan macam Harry Potter pula. Jom tengok koleksi magik kami...

Anda tak teringin terapung macam Zumal tu? Nurul dengan Fiza pun dengan satu tongkat boleh bersila kat udara.
Silap kat kain tu terjuntai kalau tak nampak terapung Cik Fiza tu.

Eh Fiza nak tikam Nurul pulak. Kena rasuk ke apa. Kat sini anda boleh merasai macam duduk dalam piramid. Tapi bukan Sunway Piramid tu, ini piramid firaun lah. Sampai terangkat kaki Cik Nurul kena tikam ek...

Kita teroka zon arca pulak yer. Kat zon ni anda boleh gunakan arca-arca yang ada untuk membentuk rupa anda sendiri. Macam mana? Anda tengok gambar Nurul dan Zumal ni...

Tengok la tapak tangan Nurul dan muka Zumal tu
Nampaknya kita dah sampai ke zon akhir iaitu zon tanah liat. Di zon ni anda boleh buat macam-macam benda dan boleh suruh krew museum untuk bakar hasil anda tu untuk dijadikan bahan tembikar macam pasu, pinggan, teko yang ada kat rumah kita tu. Tengok lah apa yang Fiza buat tu... Sapa ambil gambar ye. Tak sedar lak ada gambar kat sini...

Berakhirlah pengembaraan di 5D Interactive World pada 31 Ogos 2016 yang lalu... Sebelum balik kami sempat bergambar dalam rumah firaun tadi. Hehe...

Gambar ni tak ramai sebab ada dah lari turun...

Sebelum balik ke Perlis kami sempat bergambar ramai-ramai depan 5D Interactive World 

Terima kasih tidak terhingga kepada krew 5D Interactive World yang sudi melayan kerenah kami semua dan terima kasih kepada geng Blogger Utara menjemput Zumal bersama dalam review kali ini.

Cuti masih ada lagi, jom lah kunjungi 5D Interactive World bersama keluarga.

Bayaran masuk untuk warganegara RM18 (dewasa), RM13 (kanak-kanak 5 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas). Percuma untuk kanak-kanak 4 tahun ke bawah.

Bagi pelancong asing RM30 (dewasa) dan RM20 (kanak-kanak)

5D Interactive World dibuka pada hari Selasa hingga Ahad pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Jika cuti sekolah atau cuti umum museum 5D akan dibuka seperti hari lain...

Alamat
5D INTERACTIVE WORLD 
29-F , Jalan Dato Keramat,
10150 Georgetown, Penang.
(Berdekatan Penang Times Square)
Tel: +604-218 9676

Comments

Post a Comment

Popular Posts