SAKA


Assalamualaikum  dan salam sehati sejiwa semua. Siapa yang ikuti facebook Zumal pasti tahu tentang status berkaitan saka yang Zumal share baru-baru ni. Maybe ada yang anggap Zumal gurau atau memain je tu. Kalau korang nak tahu benda tu betul-betul tengah dialami oleh keluarga Zumal terutama yang serius tu tok sebab tok tak berapa sihat dan tak kuat.

Zumal hanya tahu tentang saka ni dalam filem dan drama Melayu dan cerita dari arwah tok wan ja. Memang tak pernah berhadapan sebelum ni. Tak dinafikan arwah tok wan pernah cerita hal saka moyang kami. Dulu semasa moyang Zumal meninggalkan kampung untuk mengikut kumpulan bangsawan atau pulang ke Penang mesti tok wan dan maknya sering terlihat kelibat harimau putih. Tok wan kata harimau tu selalu ada di sekitar rumah tapi orang kampung lain tak pernah nampak. Kekadang memanjat di tingkap. 

Sekali dua family tok wan rasa takut tapi lama-kelamaan dah rasa biasa. Lagi pun harimau tu tak mengganggu mereka. Moyang Zumal tu tak menceritakan tentang saka tu kat family cuma mereka dapat tahu apabila moyang balik rumah dan tanya orang itu orang ini datang buat apa, kenapa tak ke sana ke sini. Harimau tu seolah-olah cctv moyang Zumal untuk tahu tentang keadaan family masa dia tiada di kampung.

Itu dulu. Sekarang ada masalah baru. Tok Zumal selalu nampak sesuatu. Sesuatu tu dia nampak macam saudara mara dia yang tinggal di Perak, KL dan Sabah. Mulanya Zumal dan saudara mara kat sini ingatkan tok cuma rindu mereka. Tapi sejak perubahan ketara tok jadi marah-marah dan nampak sesuatu yang lebih dari biasa. Kami mula berikhtiar berubat secara Islam. Setelah beberapa ustaz yang kami jumpa akhir Ustaz dari Perubatan Darussyifa mengatakan tok diganggu saka. Subhanallah. Terkejut juga Zumal.

Ustaz nasihatkan tok tak boleh dibiarkan seorang diri sebab dia sendiri tak sihat dan tidak kuat takut saka tersebut dapat menguasai dia. Zumal betul-betul risau. Setelah berminggu ini nampaknya perubahan tok lebih baik. Alhamdulillah la... Cuma Zumal sendiri berasa ketakutan bila dengar bunyi itu ini bila keadaan sunyi setelah tahu kisah-kisah ini. Doakan terbaik buat kami semua....

Comments

  1. semoga dipermudahkan segala urusan..tiba2 teringat filem waris jari hantu..seremmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, mcm waris jari hantu..
      huhu, semoga tabah ye zumal..

      Delete
  2. GANGGUAN BEGITU MMG MENYUSAHKAN KEHIDUPAN NORMAL...MOGA TOK DAN ZUMAL TABAH HADAPI UJIAN-NYA.

    ReplyDelete
  3. Semoga zumal sekeluarga sentiasa didalam lindungan Nya jua, dan dipermudahkan segala urusan, aamiin

    ReplyDelete
  4. seram baca...semoga selamat semuanya

    ReplyDelete
  5. tak suka bila dgr berkaitan saka nih.. jd meremang bulu roma terus.. tp nak buat mcm mna dalam stiap salasilah kluarga pasti ada, org dulu2 mmg percaya sikit bnda2 mcm nih, katanya nak jaga rumah, jaga kebun.. macam2.. moga tok zumal cepat sihat ye.. perbanyakkan dgr ayat2 suci al-quran kat tok..;)

    ReplyDelete
  6. ooo.. Saka. Kena pi buang tu.. Moga Tok ok.. dan dipermudahkan segala urusan..Amin

    ReplyDelete
  7. memang saka ni wujud,takut bila dia di rasuk dgn tiba2....
    family akak pun ada yg terkena,bila dah terjadi kat family sendiri,
    baru kita percaya kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts