USIA BERHARGA

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Usia berharga. Itulah kupasan Zumal pada siaran kali ini. Tapi korang rasa usia mana yang berharga? Usia muda la paling berharga dan masa ini kita boleh buat apa saja kerana masih bertenaga, kuat dan sihat kan. Jadi kita kena ada perancangan dalam hidup agar masa yang Allah berikan tidak dibazirkan sia-sia. 

Tapi kan, usia emas pun berharga. Nama pun emas. Mahal pula. Kenapa ia berharga? Kerana masa ini kita dah arif dalam selok belok kehidupan, kita juga tahu baik buruk sesuatu. Jadi kita boleh peruntukan masa yang ada untuk melakukan apa yang ditinggalkan sebelum ini atau pun memperbaiki kesilapan lampau. 

Zumal bukanlah nak bersyarah kat sini. Sekadar berkongsi pendapat. Zumal kan bertugas di Pusat Aktiviti Warga Emas. Jadi Zumal nak pastikan event yang Zumal aturkan buat mereka adalah yang bermanfaat dan semahal emas tu. Insha Allah. 

Hari ni patutnya cuti tapi Zumal bersama ajk anjurkan program untuk masyarakat di Kampung Masjid, Padang Pauh Perlis. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Syukurlah. Sekarang ni bila buat kerja bukan fikir bab gaji. Sebab gaji Zumal tetap je camtu, tak ada ot atau bonus kalau rajin lebih pun. Tapi dek kerana hati dan jiwa raga ni dah sepenuhnya mencintai kerja, Zumal buat je asalkan ayahanda dan bonda Zumal kat Pusat Aktiviti Warga Emas Perlis ni gembira dan ceria selalu.

Comments

  1. Asalam hargailah usia yg Dia berikan...

    ReplyDelete
  2. Asalam hargailah usia yg Dia berikan...

    ReplyDelete
  3. saya sekarang masih tercari-cari arah tuju dalam hidup....apapun semoga program tu berjalan lancar =)

    ReplyDelete
  4. all the best Zu mal...kerja itu ibadah tak pe

    ReplyDelete
  5. sebab tu digalakkan kerja tu biar kerana minat..
    dan lebih utama jadikan kerja tu sbg ibadah..buat kerana DIA..
    InsyaAllah =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts