TAWAN PUNCAK KEDUA

welcome to perlis


Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa semua. Berjumpa lagi kita dalam warkah terbaru kat Dunia Zumal ni. Zumal rasakan hati ni tak sehappy selalu dan kerana tu juga macam-macam zumal buat untuk rawat hati ni. Sejak bergiat dalam hobi baru iaitu mendaki or bahasa kampungnya hiking, itulah aktiviti yang zumal buat bagi melupakan masalah di benak fikiran ni.

Petang semalam 12 Februari 2017, zumal bersama 4 orang rakan telah berjumpa untuk mendaki Bukit Mas. Bukit Mas ni kedudukannya dalam kawasan Ulu Pauh. Kawasan kuari tepi highway Kuala Perlis - Changlun. Di puncak bukit ni terletaknya mercu tanda Welcome To Perlis yang korang boleh nampak bila memasuki sempadan Perlis dari arah Changlun. Fokus kami nak pergi kat mercu tanda tu je.

Bukit Mas ni tak tinggi mana pun maybe dalam 100 meter lebih kot. Entah la tak ada orang ukur beb. Zumal sampai situ dalam pukul 6.10pm rasanya. 15 minit dah sampai puncak. Mulanya kami janji nak pergi jam 5.30 petang tapi disebabkan zumal sesat kat negeri sendiri terimalah kelewatan lebih 30 minit. Maklum la kita ni duk rumah je.

Kat puncak Bukit Mas ni cantik juga viewnya, jum ler layan gambar zumal dengan kawan-kawan yer...

Semasa mendaki, dalam gambar ni namanya Syed rakan sebelah ofis







Itu je kot gambar buat kali ni, lain kali bila zumal hiking nak ambil gambar banyak-banyak. Selamat bekerja ye semua...

Comments

  1. BUKIT MAS YG CANTIK DULU2 AGAKNYA BANYAK MAS KAT SITU

    ReplyDelete
  2. bestnya hiking. saya dah bersara dari hiking. huhu. sedih..and yet skrang rindu giler nak hiking

    ReplyDelete
  3. boleh menyihatkan badan jika selalu mendaki bukit...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts