PESTA HOREY-HOREY WINTER WIND

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Zumal ni selalu menghilang kan? Semua kerana tugas. Apa pun zumal redha je. Kekadang hujung minggu pun bertugas. Malam nak juga isi dengan hal dunia ni, lepas balik dah penat dan terus tidur. Sebab tu aktif kat ig dan fb je sebab tak perlukan masa untuk cari idea. 

Malam ni free jadi zumal nak kongsikan pasal Pesta Horey-Horey Winter Wind yang berlangsung di Tasoh Lake Resort dari 17 Mac 2017 hingga 26 Mac 2017 ini. Kat sana ada fun fair, pertunjukan pentas, buskers, pameran, jualan pelbagai makanan, minuman dan macam2 lagi. Pesta ni berlangsung dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Bukan sekadar hiburan, forum perdana pun ada pada malam kedua hari tu. Sepatutnya zumal pun kena buka booth pameran kat sana tapi tak cukup kaki tangan. Bahagian OKU (PDK) je buka booth jualan kat sana. Zumal pi sana 3 kali support kawan2 berniaga. 

Tapi paling best pergi semalam jumpa Pak Cik Ghani yang sangat sporting tu. Salah seorang ahli Pusat Aktiviti Warga Emas paling aktif. Kami try macam2 permainan kat sana. Jom usha aktiviti zumal, Pak Cik Ghani dan Faizat (adik k. Chaq) kat sana. 










Permainan kat Pesta Horey-Horey ni kena bayar RM3.00 je sorang. Untuk naik ATV tu je RM5.00 . Zumal pun first time try naik ATV. Pak Cik Ghani belanja pulak tu. Korang pun belum terlambat lagi nak pergi sana tau. 

Comments

  1. wahhh dah mcm fun fair ya tp ni lg meriah!

    ReplyDelete
  2. dah pergi last week .baw anak2 sedara yg balik kg..boleh la ada juga tempat nak bermain :)

    ReplyDelete
  3. WAH MENARIK ACARANYA MUSIM CUTI SEKOLH MSTI RAMAI KE SANA...

    ReplyDelete
  4. menarik pesta macam ni....boleh bawa anak-anak jalan-jalan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts