SAPS IBU BAPA - MEMUDAHKAN IBU BAPA PANTAU ANAK


SAPS Ibu Bapa digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah seawal Darjah 1 hingga ke Tingkatan 5. Tapi, tahukah anda apakah sebenarnya SAPS Ibu Bapa itu?

Untuk pengetahuan semua, SAPS adalah singkatan kepada Sistem Analisis Pelajaran Sekolah yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia


Dengan adanya SAPS ibu Bapa ini, ibu bapa lebih mudah memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dari semasa ke semasa hanya di hujung jari. Ia amat sesuai dengan zaman IT seperti sekarang. Kalau zaman Zumal dulu, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah untuk mengambil kad laporan. Inilah perubahan mengikut peredaran zaman. 

Zumal rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum mengetahui tentang sistem SAPS Ibu Bapa ini bukan? Berikut adalah cara untuk memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS Ibu Bapa KLIK DI SINI.

Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda melalui laman web ini dan usah risau tentang masalah teknikal seperti website down atau pun laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.



Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan peperiksaan anak-anak anda pada bila-bila masa di mana jua dengan sistem SAPS Ibu Bapa ini, sila terus peka tentang pendidikan mereka setiap masa. Manfaatkan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita dalam mendidik anak-anak. Insha Allah tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pembelajaran dan perkara-perkara lain yang tidak baik.

Kongsikan artikel ini bagi membantu lebih ramai ibu bapa mengetahui tentang sistem SAPS Ibu Bapa 2017 ini. Semoga bermanfaat buat semua. 

Comments

  1. SISTEM YG MEMUDAHKAIBUBAPA MEMNTAU TAHAP CAPAIAN AAK2 DI SEKOLAH

    ReplyDelete
  2. bagus sistem nie.. nak check result e'in pun senang.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts