CERMIN MATA VIRAL TU TAK TAHAN

Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Kali ni Zumal nak share pasal spek mata magnetik yang viral sejak kebelakangan ni. Cermin mata ni bagus kalau kita beli jenama yang bagus kerana kualitinya dijaga. Pada hujung bulan 4 lalu zumal beli secara online spek yang ada 5 lense boleh tukar-tukar pada harga RM99.00. Harga murah dari kedai memang menambat hati zumal la. Tak sampai sebulan zumal pakai, spek tu terjatuh. Framenya terus patah. Memang salah zumal la. Tak dinafikan. Kerana minat yang mendalam terhadap spek berkenan zumal beli baru pada pertengahan bulan 6. Kali ni zumal jaga betul-betul sebab sayang duit dik ooi. Spek RM 99.00, kanta tambah RM 150.00 pulak. Dua kali beli frame dah jadi RM198.00 tambah RM150.00 dah jadi RM348.00 tau. Rugi duit ooo.

Pagi Isnin lepas spek zumal yang baru tu rosak pulak. Tak jatuh pun tapi bingkai bawah kantanya patah. Macam rapuh sangat speknya. Menyesal tak sudah beb. Jadi zumal pun terpaksa la buat spek baru. Tak nak la beli jenis tu, baik pergi kedai spek je. Spek baru buat ni harga RM198.00 tapi tak ada la lense yang boleh tukar-tukar tu.Terpaksa terima hakikat yang zumal tak boleh pakai spek macam2 warna tu kerana rabun jauh. Semoga rakan-rakan yang nak beli online sila hati-hati. Kat kedai pun ada spek jenis magnetik tu tapi mahal sikit. Mahal pun takpe kalau berkualiti. Terima kasih baca. Jangan kecam zumal naa...

Comments

  1. sekarang macam2 trend ada. Tapi apapun biarlah y kita puas hati dengan kualitinya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts